• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

STAM 2016: Calon Peroleh Mumtaz Meningkat 1.3%

oleh Ahmad Albab
19/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Calon yang memperoleh sijil pangkat Mumtaz (Cemerlang) bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2016 meningkat 1.3 peratus kepada 537 calon berbanding 444 calon pada 2015, menurut Kementerian Pendidikan.

Kementerian itu dalam kenyataan mengenai analisis pencapaian STAM hari ini berkata jumlah calon yang berjaya memperoleh gred Mumtaz (Cemerlang) bagi semua 10 mata pelajaran meningkat 0.35 peratus iaitu 80 calon pada 2016 berbanding 54 calon pada 2015.

Seramai 8,784 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM pada 2016 berbanding 8,982 calon pada 2015, iaitu berkurangan sebanyak 182 calon.

“Jumlah calon yang berjaya memperoleh sijil STAM bagi tahun 2016 meningkat sebanyak 75 calon iaitu sebanyak 4,286 calon pada tahun 2016 berbanding 4,211 calon pada tahun 2015,” kata Kementerian Pendidikan.

Secara keseluruhan, menurut Kementerian Pendidikan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2016 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional, iaitu 3.06 mata pada 2016 berbanding 3.08 mata pada 2015.

Indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon ialah Gred Purata Nasional (GPN) yang jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Laporan analisis keputusan peperiksaan STAM 2016 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan itu menunjukkan kumpulan calon yang memperoleh sijil pangkat Jayyid (Baik) meningkat 0.3 peratus iaitu 2,004 calon berbanding 1,929 calon pada 2015.

Bagi sijil pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) dan Maqbul (Lulus) pula menunjukkan penurunan iaitu masing–masing 1.6 peratus dan 0.7 peratus berbanding tahun 2015.

Kementerian Pendidikan berkata pada tahun 2016, calon yang tidak layak dianugerahkan sijil STAM meningkat 0.8 peratus iaitu 2,108 calon berbanding 2,002 calon pada 2015.

Analisis pencapaian calon STAM yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan itu menunjukkan bilangan calon yang memperoleh gred Rasib (gagal) semua mata pelajaran meningkat 0.23 peratus iaitu 130 calon pada 2016 berbanding 114 calon pada 2015.

Menurut analisis itu, tiga daripada lima mata pelajaran bidang Bahasa Arab mencatatkan peningkatan bilangan dan peratusan calon yang memperoleh gred Mumtaz (Cemerlang) hingga gred Maqbul (Lulus) pada 2016 berbanding 2015.

Mata pelajaran tersebut ialah Adab dan Nusus meningkat 259 calon atau 1.4 peratus, Arudh dan Qafiyah meningkat 204 calon atau 0.7 peratus serta Balaghah yang meningkat 291 calon atau 1.9 peratus.

Nahu dan Sarf pula mencatatkan penurunan 2.6 peratus iaitu 5,284 calon pada 2016 berbanding 5,294 calon pada 2015.

Insya’ dan Mutala’ah juga mencatatkan penurunan iaitu 4.5 peratus berbanding 2015, menurut kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan berkata calon-calon STAM boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi ini.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2016 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan tersebut diaktifkan bermula 10 pagi ini dan ditamatkan 11.59 malam pada 25 Jan. – BERNAMA

Tags: peperiksaanSTAM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Prabowo Runding Lantikan Kabinet Dengan Sekutu

KPM Perluas Pengambilan Calon Guru PISMP Kepada Lepasan STPM, STAM, Matrikulasi

13/04/2024
1

KUALA LUMPUR: Bagi menangani isu kekurangan guru, Kementerian Pendidikan (KPM) meluaskan pengambilan calon guru kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...

Tarikh Peperiksaan STPM Dipinda

11/05/2022
0

PUTRAJAYA - Tarikh peperiksaan Semester Tiga dan ulangan Semester Dua Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2021 masing-masing dipinda kepada tarikh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd