• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“SPRM ‘Boleh Masuk’ Siasat Puspakom,” Kata Liow

oleh Ahmad Albab
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “masuk” untuk menyiasat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara.

Katanya dakwaan itu adalah serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.

“Saya bersetuju SPRM perlu masuk untuk pastikan tiada isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Puspakom… tetapi saya rasa Puspakom sendiri telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan salah laku rasuah di pusat berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas dakwaan bahawa berlaku salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan Puspakom, khususnya berhubung pemeriksaan kenderaan perdagangan dan teksi.

Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong sebelum itu melawat Hospital Bentong serta projek jambatan dan tebatan banjir Sungai Kertau di Felda Lurah Bilut di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan sepucuk surat pembaca yang mendakwa seseorang perlu membayar caj tambahan sebanyak 50 peratus jika mahu memastikan kenderaan perdagangan dan teksi dijamin lulus pemeriksaan Puspakom, dan perkara itu diketahui ramai.

Mengulas lanjut, Liow berkata di pihak kementerian sendiri dua unit khas telah ditubuhkan untuk membanteras rasuah secara agresif dan lebih menyeluruh iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman.

“Menerusi unit ini kita akan dapat kenal pasti isu lebih awal dan ambil tindakan yang lebih cepat. Isu integriti contohnya, jika ada kemusykilan melibatkan soal bekalan boleh terus lapor terus kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata projek jambatan dan tebatan banjir Sungai Kertau di Felda Lurah Bilut yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran negeri berjaya mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan itu setiap kali hujan lebat dan musim tengkujuh.

“Sebelum ini setiap kali hujan, penduduk Felda Lurah Bilut sering terputus hubungan apabila jambatan utama yang menghubungkan kawasan ini dengan Bentong dinaiki air.

“Sejak kerajaan melaksanakan projek ini pada November tahun lepas, ia berjaya mengatasi masalah tersebut dan projek dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini,” kata Liow.

Menurutnya projek itu melibatkan kos RM400,000 dengan tambahan RM200,000 lagi bagi kerja-kerja memperkukuh dan memperindah tebing sungai sepanjang dua kilometer itu. – BERNAMA

Tags: PuspakomSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd