• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivasangari Hampir Juarai Skuasy Remaja Terbuka Britain

oleh AK-47
05/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy remaja kebangsaan, S.Sivasangari meneruskan kemaraannya bagi memburu gelaran pada Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Britain 2017 yang berlangsung di Sheffield, England selepas menempah tempatnya ke peringkat separuh akhir.

Pemain kelahiran Kedah yang merupakan pemain pilihan ke-3/4 bagi kategori wanita bawah 19 tahun (B-19) mara ke peringkat keempat terakhir selepas mengenepikan rakan senegara Andrea Lee; 11-9, 11-5, 9-11, 11-7 dalam masa 38 minit pada Rabu waktu tempatan, menurut laman web kejohanan, www.britishjunioropen.com.

Dalam peringkat separuh akhir yang dijadual pada Khamis, pemain berusia 17 tahun itu akan dicabar Zeina Mickawy, yang mengecewakan pemain pilihan kedua kejohanan Amina Yousry; 11-7, 11-6, 9-11, 6-11, 12-10.

Selain Sivasangari, turut mara ke peringkat separuh akhir ialah Jessica Keng yang menewaskan Nour Ibrahim; 11-9, 11-4, 11-5 dalam kategori bawah 15 tahun (B-15) untuk bertemu dengan seorang lagi pemain Mesir, Farida Ahmed.

Dalam kategori bawah 13 tahun (B-13), pemain pilihan pertama, Aira Azman tidak menghadapi banyak cabaran untuk mengatasi wakil tuan rumah, Torrie Malik; 12-10, 11-4, 11-7 dalam masa 21 minit untuk bertemu pemain pilihan ke-3/4 dari Mesir, Salma El Tayeb.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kakaknya Aifa dalam kategori B-17 apabila tewas 6-11, 10-12, 9-11 kepada pemain England, Elise Lazarus selepas berhempas pulas selama 48 minit.

Dalam kategori lelaki, Duncan Lee, satu-satunya pemain Malaysia yang tinggal bagi meneruskan cabaran selepas menundukkan pemain Mesir, Karim El Barbary; 10-12, 11-5, 12-10, 11-9, untuk bertemu Abdelrahman Dweek dari Kanada dalam peringkat keempat terakhir. – BERNAMA

Tags: SivasangariSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd