• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Akan Sertai Pakatan Serantau Selepas AS Tarik Diri

oleh AK-47
25/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura akan terus mengambil bahagian dalam inisiatif integrasi perdagangan serantau lain setelah AS menyatakan hasrat menarik diri daripada Perkongsian Trans Pasifik (TPP) yang melibatkan 12 negara, lapor Channel NewsAsia hari ini.

Memetik Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), laporan itu menyebut Singapura komited untuk meneruskan sistem perdagangan berasaskan peraturan dan integrasi serantau yang lebih luas.

“Perjanjian yang telah dirundingkan oleh pihak TPP merupakan satu laluan untuk mencapai hubungan perdagangan lebih kukuh yang akan menggalakkan peluang pertumbuhan dan pewujudan pekerjaan dalam semua negara anggota,” menurut kementerian itu.

Jurucakap MTI berkata tanpa penyertaan AS, perjanjian TPP tidak boleh berkuat kuasa.

Bagaimanapun, terdapat inisiatif integrasi serantau lain yang masih berjalan termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau dan cadangan bagi Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik, kata kementerian itu.

“Singapura akan terus mengambil bahagian dalam inisiatif ini,” kata jurucakap itu yang dipetik sebagai berkata demikian.

Presiden AS Donald Trump menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri AS daripada TPPA pada Isnin.

Trump berpendapat Perjanjian TPP (TPPA) akan menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS dan aliran keluar dana ke negara lain yang menyertai pakatan berkenaan.

TPPA ditandatangani Singapura dan 11 negara lain pada 4 Feb, 2016 di New Zealand.

Pakatan berkenaan tidak boleh berkuat kuasa tanpa penyertaan AS memandangkan ia menyumbang kira-kira 60 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 anggota.

Mengikut perjanjian itu, minimum enam negara, yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 anggota, perlu disahkan sebelum perjanjian boleh dikuatkuasakan.
– BERNAMA

Tags: MTIPakatan PerdaganganTPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

13/03/2024
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu...

TPP: 11 Negara APEC Setuju Diteruskan Tanpa AS

13/11/2017
0

DANANG - Menteri ekonomi dari 11 negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) setuju meneruskan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd