• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Jemputan Program, Sebelum Hadir – MB Perak

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Perak perlu merujuk jemputan ke sesuatu program yang perlu dihadiri ke Pejabat Menteri Besar sekiranya mendapati ia meragukan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ia bagi mengelakkan mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung, program yang belum dikenal pasti kesahihannya.

“Mungkin mereka mendapat maklumat yang salah mengenai sesuatu program dan saya tidak menyalahkan pihak terbabit yang menerima jemputan kerana (mereka) berasa bertanggungjawab untuk hadir ke program itu dan mungkin mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Jadi akan datang, mereka perlu menyiasat terlebih dahulu sesuatu program yang hendak dihadiri dan rujuk ke Pejabat Menteri Besar terlebih dahulu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Zambry berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak S. Thangeswari termasuk pegawai daerah serta kakitangan kerajaan negeri menghadiri majlis perasmian kerja-kerja awalan projek Lebuhraya Jelapang-Selama-Batu Kawan (JELAS) pada Khamis lepas.

Majlis yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng itu dilakukan oleh BMT Jelas Sdn Bhd yang kononnya mendapat kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk membina lebuh raya sejauh 116 kilometer bernilai RM4.6 bilion yang menghubungkan Jelapang di Ipoh ke Batu Kawan di Pulau Pinang.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan semalam menafikan penglibatan agensi itu dalam projek lebuh raya berkenaan serta tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan menggunakan logo LLM untuk projek tersebut.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan membuat laporan polis mengenai projek berkenaan, Zambry berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak LLM terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

“Saya tidak pasti adakah laporan polis yang dibuat oleh mereka (LLM) sebelum ini turut melibatkan kerajaan negeri, jika tiada kami akan membuat laporan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana tindakan yang dilakukan syarikat berkenaan amat serius,” katanya.

Terdahulu, Zambry menghadiri majlis penyampaian bantuan persekolahan dan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Parlimen Bagan Datuk.

Bantuan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd