• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Penjawat Awam Ditahan Terima Rasuah Di Johor

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai tanah di pejabat tanah di sebuah daerah di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini kerana disyaki menerima rasuah.

Menurut sumber SPRM, suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM Johor, dipercayai menerima rasuah yang berbentuk ‘pinjaman’ bernilai RM150,000 dalam urus niaga jual beli tanah.

“Urus niaga itu adalah daripada seorang pemilik syarikat yang sering berurusan dengannya berkaitan dengan permohonan dan pembayaran permit kerja mengambil tanah.

“Suspek juga telah menjalankan urus niaga jual beli tanah dan menggunakan nama anaknya sendiri untuk dijadikan proksi bagi pelaburan tanah berstatus rizab Melayu bersama pemilik syarikat terlibat yang berbangsa Cina,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Turut difahamkan, beliau telah menerima keuntungan kira-kira RM100,000 hasil urus niaga jual beli tanah itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tangkapan itu dan berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Johor Baharu untuk pertuduhan esok.

Dalam siasatan pada 29 Nov lepas, SPRM mengesahkan lelaki terbabit memiliki beberapa lot tanah pertanian seluas lebih 30 hektar selain tanah rumah kediaman serta sebuah kediaman mewah di beberapa daerah di Johor.

Suspek disyaki menggunakan kedudukannya untuk mengambil tindakan berkaitan hal ehwal pejabat tanah daerah bagi memperoleh tanah selain memperoleh tanah secara pindah milik.

Ini merupakan penahanan ketiga SPRM minggu ini selepas kes penahanan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Hari ini bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang, dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: JohorPenjawat AwamrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd