• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Rumah Musnah Dijilat Api Di Tawau

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sembilan rumah papan musnah dalam kebakaran di Lorong Ibu Norati, Batu 2 Jalan Apas di sini petang tadi.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata maklumat awal yang diterima menyatakan kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berpunca daripada dapur gas yang ditinggalkan tanpa kawalan sewaktu memasak.

“Namun pihak forensik masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.

Menurut Ismaidi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.08 petang dan lima jentera serta dua kenderaan serbaguna, bersama 31 anggota tiba di lokasi kebakaran kira-kira 8 minit kemudian.

“Sebaik tiba, api sedang marak namun kebakaran itu dapat dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 4 petang dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: kebakaranRumahTawau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd