Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

10 Negara ASEAN Sertai...

GEORGE TOWN – Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) akan menganjurkan Bengkel Serantau Bandar...

Sri Mulyani Diiktiraf Menteri...

JAKARTA - Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati menerima anugerah sebagai Menteri Terbaik Dunia...

Sepanyol Minat Majukan Industri...

KUALA LUMPUR - Sepanyol berminat melibatkan diri dengan negara Islam negara dalam bidang...

PAS Akui Sukar Berdakwah...

BATU PAHAT - Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melahirkan kebimbangan parti itu...

Selebriti Tempatan Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Faiz

KEJAYAAN Mohd. Faiz Subri menggondol anugerah berprestij FIFA Puskas Award mencipta sejarah sebagai anak Malaysia yang pertama menjuarai kejuaraan sukan tertinggi di dunia itu.

Jutaan rakyat Malaysia pastinya cukup berasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaan pemain berusia 29 tahun itu yang disifatkan sebagai agak luar biasa.

Mohd. Faiz menewaskan dua finalis kategori Gol Tercantik Dunia iaitu, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Selebriti tempatan juga tidak ketinggalan berkongsi kegembiraan serta tumpang berbangga dengan kejayaan anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu.

Antara selebriti yang mengucapkan tahniah ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Ayda Jebat, Scha Al-Yahya dan Nadzmi Adhwa.

Well done Faiz Subri 👏🏻👏🏻👏🏻

A photo posted by Scha Alyahya (@schaalyahya) on


Tahniah Mohd. Faiz kerana telah mencipta sejarah negara dan semoga terus sukses dalam perjalanan karier bola sepak anda! Majulah sukan untuk negara! – MYNEWSHUB.CC

Kategori