• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sektor Pembinaan Penyumbang Terbesar KDNK Perak

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sektor pembinaan merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Perak, dengan 5.6 peratus dicatatkan pada 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata sumbangan sektor itu adalah menerusi projek pembangunan dan perumahan.

“Sektor pembinaan merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi di Perak,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak Perjanjian Pembinaan Projek Perumahan Mampu Milik D’Aman Residensi @ Bandar Meru Raya, antara Bintang Wirajaya Sdn Bhd dengan Huashi (Malaysia) Sdn Bhd, di sini hari ini.

Kontrak perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Projek D Aman Residensi Sdn Bhd, Stanley Tung Mun Foong dan Pengerusi Lembaga Huashi (Malaysia) Sdn Bhd, Zhang He Chuan.

Mohamad Zahir berkata sektor itu dijangka akan terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Perak.

Dalam pada itu, Mohamad Zahir berkata pembinaan perumahan mampu milik D’Aman Residensi di Bandar Meru Raya di sini memberi nafas baharu, khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana, untuk memiliki rumah sendiri dengan strukturnya yang moden serta harga yang berpatutan.

“Dengan modal pelaburan yang minimum, pembeli dapat memiliki pangsapuri D’Aman Residensi yang terletak hanya 150 meter dari Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang akan dibuka tidak lama lagi,” katanya.

Sebanyak 1,324 unit rumah mampu milik itu dibina di tapak seluas 9.85 hektar.

Ia dibangunkan dalam dua fasa, dengan fasa pertama pembinaan pangsapuri lima tingkat manakala fasa kedua membabitkan pembinaan pangsapuri 15 tingkat, yang dijangka siap sepenuhnya tahun depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Elektrik Pertama Akan Beroperasi Oktober Nanti

24/02/2017
0

TAIPING - Majlis Perbandaran Taiping (MPT) bakal menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di negara ini menggunakan bas elektrik yang dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd