• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran Malaysia Layak Ke Piala Dunia 2018 – Dharma Raj

oleh AK-47
23/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Misi skuad hoki wanita negara belum selesai selepas mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia (WHL) apabila muncul naib juara pada pusingan kedua liga itu di sini, kelmarin.

Misi utama pengendali skuad, Muhammad Dharma Raj Abdullah, adalah untuk menggunakan peluang terbaik pada pusingan separuh akhir WHL di Belgium atau Afrika Selatan untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1974.

Mengikut format baharu Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Piala Dunia 2018 di London menawarkan 16 slot berbanding 12 sebelum ini.

Lima slot automatik diperuntukkan kepada juara benua – Asia, Eropah, Amerika, Oceania dan Afrika serta tuan rumah, England, manakala baki 10 slot diberikan menerusi aksi separuh akhir WHL.

Seandainya juara benua muncul antara 10 pasukan terbaik dalam WHL, maka kuota akan dibuka kepada pasukan simpanan yang meraih tempat keenam hingga kelapan pada separuh akhir.

“Saya hanya mempunyai satu sasaran iaitu untuk membawa skuad negara ke Piala Dunia 2018. Pemain telah membuktikan bahawa mempunyai potensi selepas mengalahkan pasukan ranking ke-15 dunia, Itali di sini,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dharma Raj berpendapat anak buahnya memerlukan cabaran dan pendedahan menerusi perlawanan persahabatan dengan pasukan handalan dunia dari benua Eropah seperti Belgium, Jerman, Belanda atau England sebelum menghadapi pusingan separuh akhir WHL.

Pusingan separuh akhir WHL akan terbahagi kepada 10 pasukan di Brussels dari 21 Jun hingga 2 Julai ini dan 10 pasukan di Johannesburg dari 8 hingga 23 Julai ini.

Sekiranya, Malaysia diundi dalam edisi Brussels, maka Malaysia, selaku pasukan ranking ke-21 dunia terpaksa berentap antaranya dengan pasukan Australia, tuan rumah Belgium, New Zealand, China dan Korea Selatan.

Di edisi Johannesburg, pasukan negara akan mempunyai lawan seperti Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.

“Perlawanan berkualiti di Eropah selama dua bulan akan membawa perbezaan besar kepada corak persembahan pasukan negara,” kata Dharma Raj.

Sementara itu, Naib Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Dr S. Shamala yakin skuad itu mampu layak ke Piala Dunia 2018 dengan aturan program yang teliti.

“Apa yang mereka perlukan selepas ini ialah latihan berintensiti tinggi dan persediaan dari segi sains sukan, psikologi, pemakanan dan sebagainya.

“Secara keseluruhannya, pasukan memang berada pada tahap yang baik dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam prestasi,” katanya.

Beliau yakin dengan perancangan rapi oleh Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh, skuad tersebut mampu merealisasikan impian untuk melangkah ke pentas Piala Dunia 2018. – BERNAMA

Tags: Dharma RajhokiPersekutuan Hoki Antarabangsa (FIH)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi Perkahwinan Awie

Next Post

Koperasi Kredit Bersaiz Kecil Disaran Bergabung

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

Malaysia Di Tempat Ketiga Siri Final Wanita FIH

17/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Skuad Hoki Wanita negara mengakhiri kempen Kejohanan Siri Final Wanita FIH di tempat ketiga selepas menewaskan Republik...

Next Post

Koperasi Kredit Bersaiz Kecil Disaran Bergabung

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd