Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Sita Hampir 2,000...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita hampir 2,000 kereta klon di seluruh...

‘Sedih’ Ramai Bangla Tak...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini mereka hentam kerajaan kerana dakwa ramai warga asing...

Anggota Bomba Sukarela Selamat...

KUCHING - Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di...

Setiausaha Kehormat KFA Letak...

ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar...

Koperasi Kredit Bersaiz Kecil Disaran Bergabung

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggesa 596 buah koperasi kredit bersaiz kecil bergabung bagi meningkatkan aset dan pinjaman serta lebih berdaya saing.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata selepas penggabungan itu KPDNKK menyasarkan jumlah koperasi kredit adalah satu pertiga atau kira-kira 200 buah koperasi kredit sahaja.

“Pada 2015 perolehan melalui kredit koperasi ini berjumlah RM80 bilion tetapi 70 peratus dimiliki Bank Rakyat dan Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad sahaja.

“Jadi koperasi-koperasi yang lain itu terlalu kecil, tidak mampan, maka sebab itulah perlu bergabung bagi membolehkan mereka melakukan pinjaman yang besar sekali gus meraih aset dan pendapatan yang kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Sektor Perkhidmatan Kewangan Koperasi 2016-2020 di Sasana Kijang hari ini.


Sementara itu, Hamzah berharap pindaan Akta Koperasi 1993 dapat dibentangkan di Parlimen pada Jun ini bagi memperkemaskan akta sedia ada sekali gus menambah baik sektor koperasi negara.

“Apabila akta itu dipinda ia dapat memperketatkan banyak kekurangan yang ada sebelum ini, misalnya koperasi-koperasi kecil yang tidak mampu lagi secara tidak langsung membolehkan mereka bergabung antara koperasi yang ada.

“Saya lebih menggalakkan supaya mereka (koperasi-koperasi kecil) secara sukarela bergabung sekarang ini daripada tunggu masa sampai nanti mereka terpaksa bergabung,” katanya. – BERNAMA

Kategori