• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAR Kesan Enam Lagi Mangsa Bot Karam Dijalankan 24 Jam

oleh AK-47
30/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong yang karam pada Sabtu akan dijalankan 24 jam tanpa henti, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Kahar berkata untuk tujuan itu, pasukan mencari dan menyelamat dibahagikan kepada dua pasukan.

Pada hari ini, operasi menggunakan 20 aset laut dan udara termasuk dua aset pasukan pihak berkuasa Brunei yang melakukan carian di kawasan berkeluasan 2,000 batu persegi, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau bertemu pemberita selepas kembali dari menyertai SAR bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim.

Terdahulu, APMM melaporkan enam mangsa yang masih hilang melibatkan lima warga China dan seorang kru bot malang tersebut.

Mengulas lanjut, Ahmad Puzi berkata kira-kira 350 anggota terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

Ditanya mengenai kapasiti bot yang karam itu, Ahmad Puzi berkata kenyataan mengenainya hanya akan dibuat selepas siasatan menyeluruh dijalankan.

“Keutamaan kita sekarang ialah mencari dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Sementara itu Ahmad Puzi menasihatkan pengusaha bot pelancong agar sentiasa mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan dan orang ramai perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui ada pengusaha gagal memenuhi syarat lesen ditetapkan.

Bot jenis katamaran yang membawa tiga anak kapal dan 28 pelancong dari China itu dilaporkan karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada Sabtu semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Semalam, 22 mangsa termasuk tekong dan seorang anak kapal berjaya diselamatkan manakala tiga lagi ditemukan lemas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Puzi KaharAPMMbot karamSAR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Beradik Yatim Piatu, Ikat Perut Tampung Belanja

Next Post

Seorang Lemas, Seorang Masih Hilang Di Tanjung Balau

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

‘Terima Kasih Semua Anggota SAR’ – Ketua Polis Dang Wangi

31/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Selepas hampir sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus...

Next Post

Seorang Lemas, Seorang Masih Hilang Di Tanjung Balau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd