AKTOR dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac menerusi akaun Instagram peribadinya telah berkongsi sekeping foto dirinya tertiarap di atas alat pengimbas imej resonan magnetik (MRI).
Bersama-sama foto yang dikongsi itu, Hans menulis kapsyen berbunyi “Not a good way to start my morning . Hope it all goes well.“
Menerusi kenyataan jejaka berusia 46 tahun ini kepada Harian Metro hanya menyatakan ianya berkaitan kecederaan yang dialami pada bahagian tangannya.
“Ia hanyalah kecederaan di bahagian tangan. Imbasan MRI itu adalah untuk mencari punca masalah kecederaan itu.
“Sakit ini berpunca daripada latihan kecergasan di gimnasium dan latihan golf,” katanya.
Foto yang dikongsi menerima banyak kata-kata semangat daripada peminat dan juga rakan artis yang mendoakan Hans supaya cepat sembuh.
Antara selebriti yang dilihat meninggalkan komen pada foto tersebut adalah pengacara Daphne Iking.
“Ouch. Get better soon Hansy,” tulisnya.
Selain Daphne, pelakon, penerbit dan pengarah terkenal Ahmad Idham turut memberikan kata-kata semangat kepadanya berbunyi “Take care your back bro.” – MYNEWSHUB.CC