• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM100j Untuk Tingkat Mutu Hidup Penduduk Kulai

oleh AK-47
13/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI: Pertumbuhan dan kemajuan ekonomi menjadi batu asas yang mengukuhkan kualiti kehidupan rakyat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin semasa mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Kulai, semalam, Rabu.

“Kita tak boleh nak tolak, lebih-lebih lagi (apabila) kehendak dan keinginan rakyat semakin meningkat. Rakyat semakin banyak, mutu hidup semakin meningkat. Keperluan mereka pelbagai, berbeza daripada dahulu. Untuk memenuhi keperluan itu, kita perlu lakukan pertumbuhan dan kemajuan ekonomi,” katanya semasa sesi sidang media yang diadakan selepas majlis Penyerahan Hak Milik dan Notis 5A di Kampung Murni Jaya, di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh.

Mohamed Khaled menambah, jika tiada pertumbuhan dan tiada kemajuan ekonomi, maka pihak kerajaan tidak akan dapat memenuhi kehendak atau membuat rakyat berpuas hati kerana tidak dapat menjalankan kehidupan yang sejahtera.

Katanya, bagi memastikan mutu hidup rakyat dipertingkatkan, kerajaan negeri telah menyalurkan pelbagai peruntukan pembangunan bernilai lebih RM100 juta  untuk disalurkan ke kawasan berkenaan.

Jelas beliau, kos itu meliputi pembinaan Pusat Pentadbiran baharu Daerah Kulai dengan kos RM60.3 juta yang akan dibina di kawasan seluas 12.3 ekar di Indahpura.

Ujarnya, kerajaan negeri juga akan membina enam buah sekolah agama baharu dengan kos RM40 juta melalui projek pembinaan sekolah agama Johor fasa 5.

Ia kata beliau tidak termasuk sebuah sekolah yang sedang dibina di Bandar Putra melalui projek fasa 4 dengan kos RM8 juta.

Melalui peruntukan bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan katanya, sebuah masjid baharu akan dibina di Jalan Cengal Bandar Putra dengan kos RM4 juta.

Projek yang akan dilaksanakan oleh Johor Corporation (JCorp) itu akan mula dilaksanakan tahun ini.

Mohamed Khaled juga mengumumkan peruntukan RM54 juta untuk membina sebuah sekolah menengah baharu di Bandar Putra.

Selain itu, kerja-kerja meluruskan ‘Selekoh S’ Batu 21, jalan Johor Bahru-Air Hitam dengan kos RM8 juta juga akan dilaksanakan tahun ini.

Seterusnya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1.5 juta untuk membina jalan asas perumahan generasi kedua Kampung Melayu Ulu Choh serta RM300,000 bagi membina jalan asas penempatan penduduk Kampung Sri Maju, Senai.

Untuk masyarakat di Felda Taib Andak, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk menaik taraf kemudahan dan jalan asas ke projek perumahan generasi kedua felda itu.

Turut diumumkan ialah peruntukan RM300,000 untuk menaik taraf dewan dan balai raya di felda berkenaan.

Kerajaan negeri juga akan memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk membina kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Felda Bukit Batu.

Bagi permasalahan tapak perkuburan Islam Batu 23 yang hampir penuh, bagi penyediaan tapak perkuburan baharu di Bandar Putra, kos sebanyak RM600,000 telah pun diperuntukkan.

Kerajaan negeri juga akan menaik taraf kemudahan eko-pelancongan Hutan Rekreasi Gunung Pulai dengan peruntukan sejumlah RM500,000.

Bagi tapak pengurusan mayat masyarakat India, kerajaan persekutuan sudah memperuntukkan sejumlah RM1.2 juta untuk tujuan itu.-MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinJohor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Perlu Perkenal Had Gaji Siling Dalam Liga M

Next Post

Negara Hilang Pemimpin Berwibawa – Najib

Related Posts

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

Johor Kini Kuasa Ekonomi Baharu Negara – Tunku Mahkota Ismail

16/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Johor yang kini muncul sebagai kuasa...

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Next Post

Negara Hilang Pemimpin Berwibawa - Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd