• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ritz Airlines Tak Miliki Lesen Bawa Jemaah Umrah

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengeluarkan surat amaran kepada Ritz Airlines Berhad (Ritz Airlines) untuk berhenti memasarkan perkhidmatan sebagai syarikat penerbangan komersial bagi membawa jemaah umrah.

Ini kerana syarikat itu tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) atau Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang sah.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Mavcom dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan semalam.

“Ini bermakna Ritz Airlines tidak boleh meminta, menuntut, menerima atau mengutip sebarang bayaran, pertimbangan, ganjaran atau faedah yang diperoleh daripada operasi perkhidmatannya atau dari mana-mana pihak.

“Ini juga termasuk lain-lain aktiviti untuk membawa melalui udara atau menggunakan mana-mana pesawat bagi membawa penumpang, mel atau kargo,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Mavcom dan kementerian berkenaan menerima maklumat bahawa Ritz Airlines telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Marwa Vacations untuk mengendalikan 32 penerbangan umrah bagi laluan Kuala Lumpur-Jeddah dan Kuala Lumpur-Madinah.

Ia memetik laporan berita yang menyatakan syarikat itu merancang memulakan operasi penerbangan pada Februari dengan menawarkan tiket pergi dan balik berharga RM2,950.

Kenyataan itu berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kini menyiasat Marwa Vacations kerana syarikat tersebut tidak dilesenkan oleh kementerian berkenaan.

Suruhanjaya dan kementerian berkenaan turut menggesa orang ramai supaya berwaspada apabila membuat sebarang pelan penerbangan dan perjalanan bagi ibadah umrah untuk mengelak kesulitan. – BERNAMA

Tags: umrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd