Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Jijik! Topeng Halloween Direka...

SETIAP 31 Oktober, masyarakat Barat akan menyambut perayaan Halloween yang sinonim dengan pemakaian...

AirAsia Kukuhkan Hubungan Dengan...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd terus mengukuhkan hubungannya melalui hab sekunder dengan memperkenalkan...

37 Penumpang Cedera, Bas...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan...

Nadzmi Adhwa Kena ‘Serang’...

PELAKON, Nadzmi Adhwa teruk 'diserang' netizen selepas memuat naik satu entri di Twitter...

Rangka Kanak-Kanak Ditemukan Mangsa Perahu Karam

KANOWIT – Polis tidak menolak kemungkinan rangka manusia yang ditemukan tersangkut pada ranting kayu di tebing Sungai Rejang berhampiran Nanga Ngemah adalah mangsa perahu panjang karam di Temalat, Song Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Daniel Benjamin Toyad berkata, rangka tersebut ditemui semalam oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata, berdasarkan keadaan fizikal, rangka itu kemungkinan ialah seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian pada 12 Dis tahun lalu, dua beradik — seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kakaknya berusia sembilan tahun hilang — apabila perahu panjang yang mereka naiki bersama datuk saudara dan beberapa saudara lain karam berdekatan Temalat.

Dua beradik itu tidak dapat menyelamatkan diri manakala tujuh yang lain berjaya berenang ke tebing.


Pada 14 Disember, mayat kanak-kanak lelaki Rudy Alfadance, ditemui berhampiran Jambatan Durin di Sibu manakala kakaknya Reffinej Clarence, 9, tidak ditemui.

“Kita telah maklumkan kepada ibu bapa mangsa kejadian tersebut. Mereka akan membuat pengecaman ke atas rangka mayat berkenaan.

Polis juga akan membuat ujian DNA bagi mengesahkan identiti kanak-kanak perempuan itu,” kata DSP Daniel. – BERNAMA

Kategori