• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Kanak-Kanak Ditemukan Mangsa Perahu Karam

oleh Ahmad Albab
29/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANOWIT – Polis tidak menolak kemungkinan rangka manusia yang ditemukan tersangkut pada ranting kayu di tebing Sungai Rejang berhampiran Nanga Ngemah adalah mangsa perahu panjang karam di Temalat, Song Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Daniel Benjamin Toyad berkata, rangka tersebut ditemui semalam oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata, berdasarkan keadaan fizikal, rangka itu kemungkinan ialah seorang kanak-kanak perempuan.

Dalam kejadian pada 12 Dis tahun lalu, dua beradik — seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kakaknya berusia sembilan tahun hilang — apabila perahu panjang yang mereka naiki bersama datuk saudara dan beberapa saudara lain karam berdekatan Temalat.

Dua beradik itu tidak dapat menyelamatkan diri manakala tujuh yang lain berjaya berenang ke tebing.

Pada 14 Disember, mayat kanak-kanak lelaki Rudy Alfadance, ditemui berhampiran Jambatan Durin di Sibu manakala kakaknya Reffinej Clarence, 9, tidak ditemui.

“Kita telah maklumkan kepada ibu bapa mangsa kejadian tersebut. Mereka akan membuat pengecaman ke atas rangka mayat berkenaan.

Polis juga akan membuat ujian DNA bagi mengesahkan identiti kanak-kanak perempuan itu,” kata DSP Daniel. – BERNAMA

Tags: rangka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rangka Celah Pokok Milik Hafiz Fauzan? Tunggu Laporan DNA – Polis

Rangka Celah Pokok Milik Hafiz Fauzan? Tunggu Laporan DNA – Polis

25/06/2024
0

Batu Pahat : Polis mengesahkan penemuan rangka manusia oleh orang awam di celah pokok dalam kebun durian, Jalan Yong Peng-Muar,...

Kes Bella: Tiga Direman Bantu Siasatan Penemuan Rangka

Kes Bella: Tiga Direman Bantu Siasatan Penemuan Rangka

20/01/2024
0

BATU PAHAT: Polis menahan reman tiga lelaki bagi membantu siasatan dalam kes penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah sewa terbiar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd