Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional...

PUTRAJAYA - Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional akan diadakan pada Oktober setiap tahun bagi...

Tengku Ahmad Tajuddin Perkuatkan...

KUALA LUMPUR - Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil kembali memperkuatkan skuad kebangsaan...

Bekas Pelajar AF 3,...

Jika anda merupakan peminat setia Akademi Fantasia (AF) pastinya mengetahui hubungan cinta antara...

Program Perintis Keusahawanan UMK...

TAWAU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan memulakan program perintis keusahawanan selama setahun...

Rakan Pasukan Mahu Kejayaan Faiz Bantu Naikkan Skuad

GEORGE TOWN – Kejayaan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas FIFA 2016 diharap menjadi penyuntik semangat untuknya membantu pasukan Pulau Pinang melakar nama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Bagi rakan sepasukannya dalam skuad Harimau Kumbang, Mohd Failee Mohd Ghazali, 30, beliau mahu Mohd Faiz menjadikan kejayaan itu sebagai titik permulaan membantu Pulau Pinang dalam Liga-M.

“Saya ucapkan tahniah pada Mohd Faiz kerana telah membanggakan kita semua, dan saya harap ini bukan penamat sebaliknya permulaan kepada sesuatu kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi memperkenalkan lapan pemain baharu skuad Harimau Kumbang oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), di sini hari ini.

Mohd Faiz menerima pengiktirafan itu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, awal pagi ini.

Jaringan menarik Mohd Faiz itu menerima undian sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon – Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.

Bagi kapten pasukan Pulau Pinang, Rafiuddin Roddin, 28, beliau berharap Mohd Faiz dapat membantu membawa skuad itu ke tahap yang lebih tinggi tahun ini.

Katanya, beliau tidak sabar menanti kepulangan Mohd Faiz di Pulau Pinang untuk meraikan kejayaannya bersama rakan sepasukan yang lain.


Sementara itu, pemain tengah pasukan itu, Mohd Azrul Ahmad, 31, menyifatkan jaringan ‘ajaib’ Mohd Faiz tersebut bukan disebabkan nasib kerana penyerang berusia 30 tahun itu selalu melakukan jaringan seperti itu ketika latihan.

“Gol itu bagi saya bukan nasib, ramai orang kata nasib tapi kami berlatih selalu dengan dia, kami tahu bola seperti itu selalu dia buat. Memang tiap-tiap hari dia berlatih dan itulah hasilnya.

“Saya rasa bangga sebab gol itu diiktiraf oleh dunia. Saya harap dengan kejayaan tersebut Mohd Faiz lebih bersemangat untuk bantu pasukan Pulau Pinang musim ini… InsyaAllah,” katanya.

Mohd Azrul berkata beliau dan rakan sepasukan yang lain sentiasa memberi sokongan kepada Mohd Faiz dan berharap dapat menjadi sepertinya yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Kategori