Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kematian COVID-19 Meningkat, Mayat...

KUALA LUMPUR - Kadar korban akibat COVID-19 yang tinggi di Malaysia, akhir-akhir ini,...

KP Kesihatan Malaysia Dilantik...

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik...

Raja Muda Perlis Sertai...

SONGKHLA - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyertai...

Babydash – Portal Produk...

KUALA LUMPUR – Lonjakan inovasi Malaysia dan peralihan kepada ruang runcit dalam talian...

Radang Usus Punca Kematian Tahanan Dalam Lokap

KUANTAN – Laporan bedah siasat mengesahkan kematian seorang tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera semalam, akibat penyakit radang usus, kata Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat Soh Kai Chiok, 49, dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas kematiannya dan mencari rekod kesihatannya selain mendapatkan maklumat daripada waris terdekat,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya Soh yang ditemukan tidak sedarkan diri pada 12.15 tengah malam di lokap itu juga tidak memaklumkan dia menghidap penyakit itu termasuk semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Triang.


Beliau berkata suspek yang mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah telah dibawa ke klinik kesihatan itu kerana cedera di tangan kiri, kaki kiri dan muka semasa diserahkan ke IPD Bera oleh pemilik kebun pisang yang menahannya.

“Sepanjang ditahan, polis mematuhi prosedur termasuk memberi makan, rawatan dan ubat serta mengikut waktu tidur yang ditetapkan. Pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) juga mengesahkan dia tidak didera, dipukul atau dicederakan,” katanya. – BERNAMA

Kategori