• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Fokus Agenda Dan Strategi Perkukuh Barisan

oleh Ahmad Albab
02/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Puteri UMNO akan fokus pada aturan agenda dan strategi dalam mengukuhkan lagi barisan di semua peringkat sehingga akar umbi bagi enam bulan pertama tahun ini.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata perjumpaan dengan semua kepimpinan dan akar umbi di setiap negeri akan dilakukan untuk menyampaikan amanat dan menyelesaikan permasalahan yang ada sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Saya melihat tempoh enam bulan pertama ini cukup penting bagi merancang gerak kerja pada setiap peringkat agar apa yang kita lakukan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang tidak sia-sia.

“Lagipun adalah penting untuk menyelesaikan segala masalah sekiranya ada, kerana setiap daripada anggota Puteri tidak boleh bekerja bersendirian dan kita juga memerlukan bantuan dan sokongan sayap UMNO yang lain bagi memperkukuh gerak kerja parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Keluarga ‘Utamakan Keluarga’ anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Latipah Omar.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata anggota Puteri perlu mencontohi Wanita UMNO kerana mereka tidak jemu menabur bakti dan terus bekerja keras membantu Barisan Nasional (BN) memperjuangkan agenda parti.

“Kita lihat kesungguhan dan komitmen yang diberikan Wanita seolah-olah mereka baru berusia 20 tahun… bekerja kuat tanpa mengira masa dan ini adalah pengorbanan yang perlu dicontohi Puteri,” katanya.

Beliau berkata Puteri dan Wanita turut bergerak seiring dan saling melengkapi dalam membantu parti mendekati dan membantu rakyat dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPuteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd