• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Infrastruktur Impak Tinggi Bukan Untuk Megah

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Projek-projek kesalinghubungan dan infrastruktur berimpak besar yang dalam pelaksanaan bukanlah untuk kemegahan tetapi membantu merangsang ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merujuk kepada projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang di Johor, Malaysia Vision Valley, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange dan projek rel – Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)- Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata projek-projek terbabit juga bukan bersifat mewah.

“Projek-projek ini bukan bersifat kemegahan, bukan bersifat mewah tetapi membantu ke arah merangsang ekonomi negara,” katanya pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Najib berkata projek-projek berkenaan berupaya mewujudkan peluang pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi dan memberi peluang kontrak peringkat kedua kepada syarikat-syarikat tempatan termasuk kontraktor kelas F.

“Ini mengakibatkan ‘connectivity’ (kesalinghubungan) lebih baik dan membawa kepada peningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau memberi contoh projek ECRL yang apabila siap kelak dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ketiga-tiga negeri di Pantai Timur dengan peningkatan sebanyak 1.5 peratus.

Najib memetik dapatan satu kajian bahawa jika sesebuah negara dapat menyediakan sistem jalan yang lebih baik dan efisien, ia dapat meningkatkan KDNK negara sebanyak dua peratus.

“Ini adalah komitmen kerajaan kepada pembangunan infrastruktur awam, merangsangkan ekonomi tempatan dan memberi peningkatan ketara dalam kehidupan rakyat.

“Kita menyediakan satu sistem pengangkutan yang ‘affordable’ (berpatutan) dan sistem MRT disambut baik. Bulan Julai nanti, projek MRT sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang akan siap. Projek ini merupakan satu ‘game changer’ (pembawa perubahan) untuk negara,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri menekankan kesemua projek tersebut perlu dilaksanakan dengan cekap dan pantas, berpegang kepada prinsip yang ia berimpak tinggi keapda rakyat, kos minimum, pelaksanaan yang tangkas dan mampan.

“Prinsip ini seharusnya dijadikan asas dalam menentukan projek dilaksanakan atau sebaliknya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Ekonomi MalaysiaNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd