• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPN Dipanggil Bantu Siasatan Penipuan Pakej Umrah

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis telah memanggil Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu bersama seorang lagi pegawainya bagi membantu siasatan berhubung penipuan pakej umrah yang melibatkan guru di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya telah merekodkan percakapan Shafruddin Ali Hussin dan pegawainya itu tiga hari lepas.

“Kita juga menerima bantuan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bagi mengesan transaksi aliran wang serta aset yang diperolehi daripada suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek kini masih dalam tahanan reman bersabit laporan penipuan pakej yang sama dilaporkan di beberapa daerah lain di negeri ini.

Setakat ini pihaknya telah menerima lebih 200 laporan polis berhubung penipuan itu di beberapa daerah di Terengganu termasuk Besut, Kuala Terengganu dan Marang.

Sebelum ini, Polis Terengganu membongkar kegiatan penipuan pakej umrah yang dijalankan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini yang melibatkan 4,800 orang mangsa dan kerugian berjumlah kira-kira RM14.2 juta.

Ekoran laporan itu, pada 27 Dis lepas dua orang individu iaitu pengarah dan akauntan NGO berkenaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosli Ab RahmanPakej UmrahPenipuanPPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

RM163 Juta Dana KWAP Kena Tipu Boleh Beli 10 Juta Nasi Goreng Kambing

25/07/2026
0

SEREMBAN – Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun mengkritik kerajaan membazirkan wang rakyat melalui pelbagai projek dan aplikasi digital,...

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

Perlembagaan Negeri Johor Tidak Benarkan Calon Kalah Jadi ADUN Lantikan, EXCO

01/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan penipuan yang disebarkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd