• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPIM Cadang Pengguna Guna Beg Kitar Semula

oleh Ahmad Albab
17/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kepada pengguna agar menggunakan beg kitar semula yang mudah lupus bagi menjayakan kempen tanpa beg plastik di pasaraya.

Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ini berikutan aduan ramai pengguna yang kesal pasaraya mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik untuk mengisi barangan dibeli.

Nadzim mempersoalkan rancangan menggunakan wang kutipan daripada penjualan beg plastik untuk aktiviti pemeliharaan alam sekitar.

“Kerajaan negeri (Selangor) kata duit kutipan jualan beg plastik ini akan digunakan untuk aktiviti pemeliharaan alam sekitar, tapi apakah aktiviti yang dilakukan?

“Sehingga kini PPIM lihat tiada sebarang aktiviti pemeliharan alam sekitar dijalankan,” katanya pada sidang media mengenai pengharaman penggunaan beg plastik secara percuma di pasaraya, di sini hari ini.

Nadzim mengulas keputusan kerajaan Selangor menguatkusakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin di semua pasaraya mulai 1 Januari lepas.

Sementara itu, beliau berkata kementerian berkaitan perlu merancang kaedah terbaik bagi memastikan matlamat peraturan berkenaan dicapai serta tidak membebankan pengguna.

“Pelaksanaan peraturan itu perlu dilakukan secara menyeluruh di semua negeri dan pengguna juga perlu ditekankan dengan peraturan tersebut melalui galakan membeli beg kitar semula atau beg terbiodegradasi (mudah lupus) yang mesra alam.

“Pengguna tidak seharusnya membeli beg plastik seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pasaraya kerana cara itu hanya menguntungkan pengusaha kedai,” katanya. – BERNAMA

Tags: beg plastikKitar SemulaPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

Caj Plastik 20 Sen Dibelanjakan Untuk Program Kelestarian Alam Sekitar

07/12/2022
0

SHAH ALAM: Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha, termasuk pembersihan sungai, pemberian beg kitar semula dan penamaan pokok menggunakan hasil kutipan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd