• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Tempatan Pecah Masuk Pejabat JPN

oleh Ahmad Albab
30/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Polis Kunak menahan seorang lelaki tempatan selepas memecah masuk pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Simpang Empat Kunak, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata suspek berumur 24 tahun itu ditahan kira-kira 5.20 pagi selepas anggota bertugas menerima laporan dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi, mendapati bahagian pintu belakang pejabat telah diumpil manakala pagar besi tingkap telah dirosakkan.

“Sewaktu pemeriksaan dilakukan, seorang lelaki ditahan dan kereta berwarna oren turut dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, ketika kejadian tiada kamera litar tertutup yang dipasang atau saksi kejadian dan kesan cap jari juga tidak ditemui.

Nasaruddin juga tidak menolak andaian, lelaki yang ditahan itu merupakan suspek sama yang memecah masuk bilik rekod pejabat JPN Kunak pada 18 Jan lepas.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah masuk premis. – BERNAMA

Tags: pecah masuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd