• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Leka Jual Mercun Di Medan Selera

oleh AK-47
26/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki yang leka menjual pelbagai jenis mercun tanpa permit dan lesen perniagaan di hadapan sebuah medan selera di Kampung Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki itu ditahan sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan tersebut pada 4 petang.

“Lelaki berusia 48 tahun itu tidak menyedari kehadiran polis kerana terlalu leka menjual mercun dan sebaik anggota memperkenalkan diri, dia terkejut sebelum cuba untuk melarikan diri namun gagal.

“Polis terlebih dahulu memegang lelaki itu dan dia mengaku menjual mercun di situ serta tidak mempunyai lesen perniagaan serta permit daripada polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mendakwa dia tidak tahu perlu memohon lesen perniagaan dan permit daripada polis untuk berniaga mercun.

Nik Ros Azhan berkata difahamkan lelaki itu mendapatkan bekalan mercun daripada seorang peniaga yang membawa masuk dari negara jiran.

“Ekoran penahanan lelaki itu, polis merampas 21 bungkusan pelbagai jenis mercun antaranya mercun roken, mercun papan dan bunga api bernilai lebih RM1,000,” katanya.

Beliau berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd