• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 5 Lelaki Culik Pengurus Syarikat

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lima lelaki tidak sempat membelanjakan wang tebusan RM300,000 yang diperoleh apabila diberkas polis tidak lama selepas membebaskan seorang pengurus syarikat yang diculik mereka di Rawang dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata kesemua suspek warga tempatan berumur antara 22 dan 35 tahun, ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang sejak petang semalam sehingga malam tadi.

“Wang tebusan RM300,000 yang dibayar keluarga mangsa turut ditemui semula,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang juga pengurus syarikat pemborong runcit dan pengangkutan berusia 33 tahun, diheret masuk ke sebuah kereta di hadapan rumahnya di Bandar Country Homes, Rawang, ketika lelaki tersebut hendak ke tempat kerja.

Suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa beberapa kali bagi menuntut mereka membayar wang tebusan berjumlah RM5 juta.

“Beberapa rundingan dilakukan keluarga mangsa dan suspek sehingga mereka akhirnya bersetuju dengan wang tebusan RM300,000.

“Keluarga mangsa seterusnya meninggalkan wang tebusan itu di sebuah kawasan di Rahman Putra, Sungai Buloh seperti dikehendaki suspek, kira-kira pukul 7 malam hari yang sama.

“Mangsa dibebaskan di kawasan Batu Arang, Rawang, kira-kira pukul 6.10 pagi semalam dan selepas mengesahkan mangsa selamat serta tidak mengalami kecederaan, polis melancarkan gerakan memburu suspek,” katanya.

Menurut Abdul Samah, siasatan awal mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau bagi kes penculikan dan pernah disiasat berhubung kes pembunuhan, namun tidak ada sabitan, manakala empat suspek lain tidak mempunyai rekod kesalahan lalu.

Siasatan awal juga mendapati mangsa tidak mengenali kesemua suspek tetapi suspek dipercayai mengetahui identiti serta rutin harian mangsa sebelum menculik lelaki itu, katanya sambil menambah kes berkenaan disiasat mengikut Akta Culik 1961.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai pemilik akaun Facebook yang memaparkan ugutan untuk menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang ‘berpakaian tidak sopan’ ketika perayaan Thaipusam bulan depan.

Abdul Samah berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, kira-kira 9.20 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah.

“Ketika tangkapan, polis turut merampas peralatan komputer milik lelaki terbabit yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Sekali lagi saya tegaskan polis memandang serius ugutan seperti ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai paparan ugutan tersebut dalam laman Facebook milik kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘Thaipusam Spraying Group’.

Kumpulan terbabit turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian belakang wanita memakai pelbagai jenis sari dengan ugutan ‘mereka akan disembur jika berpakaian tidak sesuai’. – BERNAMA

Tags: kes culikpengurus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd