• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas RM15,000 Tahan Peniaga Di Hotel

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 selepas menahan seorang peniaga warga tempatan di sebuah hotel di Jalan Kota di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harith Kam Abdullah berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersama Bahagian Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 4.30 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah menjumpai dan merampas satu keping foil aluminium berisi 10 pil Eramin 5 dari dalam poket seluar suspek.

“Polis turut menemui dan merampas satu beg kertas mengandungi 112 keping foil aluminium berisi 1,120 pil Eramin 5 serta sepeket plastik lutsinar di dalamnya mengandungi 40 peket plastik lutsinar tiap satu berisi bahan disyaki dadah ketamin di dalam bilik di hotel berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harith Kam berkata polis turut merampas dan menyita harta dipercayai milik suspek yang diperolehi melalui kegiatan dadah antaranya wang tunai sebanyak RM1,020, sebuah motosikal jenis Honda Wave bernilai RM2,000 dan sebuah kereta jenis Nissan Almera bernilai RM 50,000.

Menurut beliau, suspek disyaki mengedar dadah di daerah ini dan ujian air kencing mendapati negatif.

Katanya, suspek ditahan reman lima hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,dan Seksyen 39A (2) akta yang sama. – BERNAMA

Tags: ACP Harith Kam Abdullah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Kedah Tahan 76 Suspek Rasuah Sepanjang 2016

Next Post

Jenazah Adenan Selamat Dikebumikan

Related Posts

No Content Available
Next Post

Jenazah Adenan Selamat Dikebumikan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd