• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Fokus Kempen Rodaan Sukarela, Jihad Dadah

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Polis Melaka akan melancarkan dua kempen pencegahan jenayah iaitu Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Jihad Dadah terutama di kawasan kampung serta taman perumahan di sekitar negeri itu.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata ia bagi mengurangkan nisbah indeks jenayah dan ‘fear of crime’ (perasaan takut terhadap jenayah) dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata kempen berkenaan akan melibatkan penyertaan anggota masyarakat atau penduduk di kawasan kampung atau taman perumahan yang terlibat dan akan dilancarkan secara berperingkat.

“Buat permulaan kita akan lancarkan SRS di Sungai Udang dan ia akan melibatkan 150 hingga 200 anggota SRS daripada pelbagai kaum yang akan melakukan rondaan di kawasan perumahan di sekitar Dewan Undangan Negeri berkenaan.

“Menerusi SRS ini, anggota polis akan menjalankan pencegahan jenayah di kawasan perumahan pada waktu malam terutamanya pada waktu hujung minggu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Tugas Ketua Polis Daerah Jasin di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, tugas Ketua Polis Daerah Jasin DSP Superintenden Sampornak Ismail, 60, yang akan bersara pada Khamis ini akan dipangku oleh DSP Muhammad Suleiman Kasad, 58, yang sebelum ini merupakan Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata anggota SRS akan mendapat bantuan peralatan rondaan seperti lampu suluh, cota dan jaket Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Sementara itu, bagi kempen Jihad Dadah pula ia akan melibatkan aktiviti pembersihan sarang penagihan dadah yang telah dikenal pasti di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Beliau berkata kempen berkenaan bertujuan bukan sahaja memastikan kawasan perumahan atau kampung di negeri itu bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah malah bebas daripada aktiviti jenayah.

“Usaha ini akan dilaksanakan Bahagian Narkotik di tiga daerah terlibat melalui maklumat yang disalurkan penduduk atau masyarakat di kawasan itu.

Ia juga akan dilakukan dengan kerjasama pasukan SRS Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sehingga kawasan tersebut diisytiharkan bebas dan bersih,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

“Saya Panglima Kecil Harus Bertempur Dengan Cara Saya” – PMX Anwar

07/08/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai seorang panglima kecil yang harus bertempur dengan cara tersendiri...

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

PMX Anwar Solat Jumaat di Alor Gajah, Melaka

07/08/2026
0

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah, Melaka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd