• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Peniaga Jual Kad Pertubuhan Kerabat Kelantan

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Polis memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penjualan kad menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti suspek berusia 66 tahun itu yang juga seorang peniaga, hasil laporan seorang mangsa pada pertengahan bulan ini.

Ab Rahman berkata suspek hanya menunjukkan kad pertubuhan yang dimilikinya kepada mangsa daripada kalangan orang awam dan jika ada yang berminat, mereka hanya perlu mengemukakan dua gambar bersaiz pasport.

“Suspek yang bergerak secara bersendirian kemudiannya akan menyerahkan sekeping kad lengkap dengan nombor pendaftaran dan cip kepada mangsa selepas tempoh tertentu.

“Bagaimanapun, suspek tidak meminta bayaran daripada mangsa dan bergantung kepada mangsa untuk memberi wang kepadanya sebagai imbuhan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata suspek yang berpenampilan kemas bagi mengaburi mata mangsanya, sering menggunakan nama anggota kerabat diraja Kelantan bagi memudahkan penipuannya.

Beliau berkata kad itu diminati mangsa atas alasan dapat memudahkan urusan dengan agensi kerajaan, malah turut digunakan bagi mengelak disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) jika menggunakan kereta bercermin gelap.

“Kita percaya setakat ini lebih 10 mangsa telah ditipu lelaki itu, namun gerakan memburu suspek agak sukar kerana lelaki berkenaan sering melarikan diri dari satu tempat ke satu tempat selepas mengetahui ada laporan polis dibuat mangsa,” katanya.

Semalam, Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi memberi amaran keras kepada semua pihak agar menghentikan segera tindakan menggunakan nama Sultan Muhammad V dan pertubuhan itu untuk kepentingan peribadi.

Yang Di-Pertuanya Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim berkata pemalsuan kad menggunakan nama dan lambang diraja dikesan sejak 2012 namun semakin berleluasa selepas pelantikan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Sementara itu, Ab Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar Maahad Tahfiz Sains Al-Muhammadi, Kampung Nipah di sini, Mohd Aiman Che Hashim, 15, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai di situ Sabtu lepas, diperluaskan.

Beliau berkata setakat ini SAR hanya tertumpu di kawasan pesisir pantai menerusi kaedah tinjauan yang bermula pada pukul 7 pagi sejak semalam berikutan keadaan ombak bergelora dan tidak memungkinkan kaedah pencarian menerusi kaedah selaman. – BERNAMA

Tags: KERABAT DIRAJApolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd