• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Aksi Ngeri Remaja Panjat Kren

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang remaja yang melakukan aksi ngeri dengan memanjat kren setinggi kira-kira 30 meter di satu tapak pembinaan di sini beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan.

“Setakat ini polis masih menyiasat untuk mengenal pasti identiti lelaki berkenaan kerana hasil siasatan mendapati dia bukan dari kumpulan yang memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di sini.

“Polis menyeru kepada lelaki berkenaan supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Sum bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas beberapa Ketua Polis Balai iaitu Balai Polis Sentral, Balai Polis Tambun dan Balai Polis Kampung Simee di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah Ipoh di sini hari ini.

Sum berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pengawal keselamatan di tapak pembinaan bangunan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) semalam.

Beliau berkata pengadu menerima mesej daripada seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Polis akan melakukan rondaan di tapak projek berkenaan supaya kejadian seperti itu tidak berulang,” katanya.

Remaja berkenaan yang memanjat kren di tapak pembinaan syarikat Sycal Ventures Bhd merakam sendiri aksi ngerinya dengan memasang kamera, dipercayai ‘GoPro’ di badannya.

Dalam perkembangan lain, Sum berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes sekumpulan lapan individu memanjat huruf-huruf besar yang membentuk perkataan ‘IPOH’, sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata jika ada keperluan, pihaknya akan memanggil semula mereka yang terlibat, lima lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun, untuk memberi keterangan.

Katanya hasil siasatan mendapati semua individu berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tiga daripadanya adalah pelajar.

Rakaman perbuatan mereka itu menjadi viral mulai minggu lalu.

Antara lain, rakaman memaparkan perbuatan berbaring di dalam buaian pada kerangka yang menampung huruf-huruf besar itu pada ketinggian melebihi 20 meter. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keongpanjat krenremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd