• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Bongkar Bahan Letupan Disorok Bawah Pokok

oleh AK-47
18/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIHAK polis berjaya menemui bahan letupan dipercayai milik suspek kes dadah di sebuah rumah di Kampung Air Kuning di Changkat Jering, Taiping, di sini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, bahan letupan itu ditemui tertanam di bawah pokok manggis di belakang sebuah rumah pada 18 Disember lalu.

Beliau berkata, barang-barang yang dirampas termasuk 15 batang Emulex, enam peledak elektrik, bekas yang penuh dengan cecair hitam, kotak baja tonik, setengah karung baja klorida rendah dan tiga tong yang mengandungi bahan berwarna putih yang tidak dikenal pasti.

Emulex merupakan bahan letupan emulsi berasaskan air yang biasanya digunakan dalam perlombongan, kuari, pembinaan jalan dan kereta api dan terowong.

“Kita masih menyiasat motif bahan letupan itu dan kami tidak menolak penggunaannya adalah untuk keganasan atau untuk melindungi sindiket dadah dan jenayah lain,” katanya memetik Harian Metro.

Hasnan berkata, polis turut menahan seorang wanita berusia 38 tahun untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Kita percaya bahan letupan itu dimiliki suaminya berusia 41 tahun, yang ketika ini dipenjara kerana kesalahan berkaitan dadah. Wanita itu telah dibebaskan selepas direman selama tujuh hari,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd