• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Patut Malu Saifuddin Penasihat Strategik

oleh AK-47
06/01/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP berjaya mendapatkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selaku Penasihat Strategik Kerajaan Pulau Pinang kerana kesilapan dan keangkuhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyusun kroni korupnya di Selangor.

Justeru, bekas pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih mesra dengan panggilan Chegubard dan antara pengasas parti itu yang kini mengetuai gerakan anti-Kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana berani melantik Saifuddin memegang jawatan di Pulau Pinang.

“Tahniah kepada Guan Eng kerana tindakan berani dan tidak membazirkan guna tenaga dalam Pakatan Harapan. Untuk rekod Saifuddin pernah menyusun dan melonjak tapak sokongan PAS Kelantan melalui latihan dan penyusunan strategik.

“Melalui lantikan ini juga seharusnya malu ialah PKR kerana menguasai kerajaan Selangor sebaliknya gagal menggunakan aset aset sumber tenaga manusia yang bagus dalam PKR sendiri sebaliknya kerajaan DAP Pulau Pinang pula yang memberikan kedudukan rasmi kepada aset PKR.

“Sudah tentu timbul isu Setiausaha Agung PKR kini bekerja dan digaji dibawah Setiausaha Agung DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di chegubard.blogspot.my hari ini.

Chegubard bagaimanapun melahirkan kebimbangan adakah Saifuddin akan diterima oleh PKR Pulau Pinang yang rata-rata dikuasai oleh puak kartel Timbalan Presiden PKR.

Malah, katanya, puak kartel itu sudah mula mendendangkan propaganda kononnya Saifuddin bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dikawal Guan Eng.

“Meneliti rekod Saifuddin saya yakin beliau mampu merangka dengan baik ke arah mengombak sokongan kaum melayu di Pulau Pinang keatas DAP. Namun halangan terbesar beliau ialah PKR Pulau Pinang.

“Jika beliau mampu memilih dan mengutip pasukan muda dari pemain pemain yang benci dengan politik dalaman tak kesudahan beliau akan berjaya, namun jika beliau terperangkap dan terlalu berhati hati dengan protokol beliau akan tersangkut,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Badrul Hisham ShaharinChegubardDAPPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd