• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Sumbangsih: JDT Sudah Bersedia, Kata Mora

oleh Ahmad Albab
20/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu Benjamin Mora berkata pasukannya sudah bersedia untuk menghadapi Kedah dalam Piala Sumbangsih hari ini, walaupun mereka hanya dapat bersama selama dua hari.

Mora yang dilantik sebagai ketua jurulatih yang baharu berikutan pemergian Mario Gomez pada Rabu berkata beliau mewarisi pasukan juara dan berharap semoga pemain-pemainnya beraksi cemerlang.

“Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pasukan ini … Mariohas telah meninggalkan legasi … Saya tampil untuk membantu pemain menjadi yang terbaik dan meneruskan kejayaan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jurulatih kelahiran Mexico itu bagaimanapun mengakui bahawa beliau kesuntukan masa untuk melakukan perubahan besar dalam pasukannya.

“Saya lebih memberi tumpuan kepada mentaliti supaya pemain tahu dan menganggap ini ialah seperti perlawanan akhir kerana kita harus menang.

“Kita akan cuba untuk melakukan perubahan atau pengubahsuaian semasa perlawanan,” katanya sambil menambah bahawa JDT akan cuba untuk menguasai permainan.

Mora yang merupakan ketua jurulatih JDT II telah menghabiskan mazsa sebulan di Kelab Sepanyol, Atletico Madrid, semasa di luar musim sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional beliau untuk mempersiapkan diri mengambil alih tugasan baharu.

Sementara itu, penolong jurulatih Kedah Mohd Nidzham Adzha berkata, kekalahan 0-5 kepada JDT musim lalu telah memberi banyak peluang bagi pasukan itu untuk lebih melengkapkan persiapan musim ini walaupun JDT mempunyai jurulatih baharu.

“Kita mungkin telah dikalahkan tahun lepas tetapi dengan kehadiran pemain baharu, kita berharap perubahan akan berlaku untuk kali ini. Kita tidak tahu sebab di sebalik keputusan pihak pengurusan tetapi kita tidak memandang ringan perlawanan ini menentang JDT.

“Kita tahu Jorge Diaz dan Martin Lucero telah meninggalkan pasukan tetapi mereka mempunyai empat lagi pemain import yang baharu dan JDT juta telah menggunakan khidmat beberapa pemain muda tempatan yang berpotensi,” kata beliau.

Mohd Nidzham berkata JDT masih pasukan yang disegani walaupun melakukan perubahan dan memberi amaran kepada pemain Kedah supaya memusatkan perhatian kepada perlawanan. – BERNAMA

Tags: JDTPiala Sumbangsih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

Tunku Mahkota Ismail Saksi Selangor-JDT Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ketika pemilik pasukan memiliki akses istimewa, khas dan premium di stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak namun pemilik...

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

Sempoi, Merakyat: Pemangku Sultan Johor Layan Bola Di Kedai Mamak

05/01/2026
0

SUASANA di sebuah kedai mamak di Desaru bertukar luar biasa malam tadi apabila Pemangku Sultan Johor dilihat santai bersama keluarga,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd