• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM10.85j Pulihkan Kualiti Air Sungai Batu Ferringhi

oleh Ahmad Albab
12/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan RM10.85 juta untuk kerja-kerja pemulihan kualiti air di Sungai Batu Ferringhi dan RM2.2 juta bagi pembinaan struktur tanah lembap di Sungai Satu, di sini.

Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya turut menubuhkan pasukan khas bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Jabatan Kesihatan bagi menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Batu Ferringhi.

“Pantai Batu Ferringhi adalah nadi utama kepada negeri Pulau Pinang dan merupakan pantai yang paling popular di Malaysia dan di Asia amnya.

“Pada tahun 2014, negara dikejutkan dengan isu pencemaran di pantai Batu Ferringhi dan kerajaan persekutuan memandang serius isu ini,” katanya dalam teks ucapan pada perasmian projek pemuliharaan pantai dan pembaikan kualiti air laut di Sungai Batu Ferringhi, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Hamim Samuri.

Pada Februari 2014, akhbar melaporkan sebahagian air laut di pantai itu bertukar menjadi hitam, dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan dan siasatan awal JAS menemukan elemen bakteria e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

Wan Junaidi berkata projek itu adalah sebuah projek yang unik kerana struktur ‘outfall’ (terowong air) dan ‘wetland’ (tanah lembap) itu merupakan struktur pertama seumpamanya dibina di negara ini.

“Dengan adanya struktur ‘outfall’ dan ‘wetland’ ini masalah seperti pencemaran sungai dan pantai di Batu Ferringhi, penutupan muara sungai dan hakisan pantai dapat diselesaikan di samping memulihara sungai dan pantai sedia ada di Batu Ferringhi,” katanya.

Sementara itu pada sidang akhbar selepas majlis itu, Hamim berkata Sungai Batu Ferringhi telah 90 peratus bebas daripada bakteria e-coli dan selamat untuk pengunjung menjalankan aktiviti pantai.

Beliau berkata pihak JPS telah mengambil sampel air di sungai itu enam kali setahun bagi memastikan ia bebas daripada elemen bakteria itu.

Dalam pada itu, Hamim berkata projek pemuliharaan Sungai Batu Ferringhi itu akan menjadi projek contoh bagi sungai yang mengalami masalah pencemaran yang sama. – BERNAMA

Tags: Pulau Pinangsungai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd