• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persiapan Melaka United Pada Tahap 99%

oleh Ahmad Albab
15/01/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata pihak pengurusan MU juga hampir memuktamadkan barisan pemain kesebelasan utama pasukan itu hasil siri perlawanan persahabatan.

“Melalui perlawanan persahabatan kita dapat lihat keserasian pemain serta bakat mereka untuk diletakkan mengikut posisi yang bersesuaian.

“Barisan pemain ini telah berada 99 peratus muktamad walaupun masih lagi terdapat tawaran peminjaman dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan pemain dan jersi baharu MU di Stadium Hang Tuah di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengurus MU Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan pada majlis itu skuad Sang Kancil memperkenalkan tiga jersi baharu pasukan tajaan Kronos iaitu warna tradisi pasukan hijau putih (utama/home), biru putih (kedua/away) dan merah putih (alternatif).

Selepas majlis tersebut, turut berlangsung perlawanan persahabatan pramusim terakhir MU menentang Felda United yang menyaksikan MU tewas 1-2.

Idris berkata beliau mahu pihak pengurusan meletakkan titik noktah bagi sebarang isu tawaran peminjaman pemain, pemulangan dan sebagainya bagi mengelak sebarang gangguan kepada pengurusan MU sendiri.

Beliau berkata tumpuan terhadap strategi dan mengatur gerak langkah setiap pemain perlu diberi keutamaan kerana saingan Liga Super akan bermula tidak lama lagi dan ia dilihat lebih mencabar berbanding Liga Perdana dijuarai pasukan itu musim lepas.

“MU kena ada di kedudukan bukan sahaja untuk mengorak langkah menyerang dan mengatur struktur carta kumpulan tetapi juga perlu berjaga-jaga kerana pihak lawan mempunyai strategi masing-masing,” katanya.

Katanya beliau meletakkan sasaran untuk MU berada sekurang-kurangnya pada kedudukan enam terbaik dalam saingan Liga Super musim ini agar pasukan hijau putih itu tidak keciciran dalam liga berkenaan.

KETUA JURULATIH: Eric Williams

PENJAGA GOL: Mohd Fazli Paat, Norhadi Ubaidillah, Muhd Syazwan Abdullah, Mohamad Firdaus Muhamad

PERTAHANAN: Godwin Antwi, Khair Jones, Ahmad Khuzaimie Piee, Mohd Faizal Mohamad, Muhd Syawal Norsam, Mohd Akmal Md Zahir, Mohd Alif Samsudin, Mohd Fauzi Roslan, Nazri Ahmad, Thaufiq Jabbar.

TENGAH: Omid Nazari, Tam Sheang Tsung, Syed Sobri Syed Mohamad, Ahmad Ezrie Shafizie, G. Puavaneswaran, R. Surendran, Khairu Azrin Khazali, Jasmir Mehat, Akmal Ishak, Isma Alif.

PENYERANG: Ilija Spasojevic (Ketua Pasukan), Sergio Auguero, Mohd Amri Yahyah, Nurshamil Abd Ghani, Izzaq Faris Ramlan. – BERNAMA

Tags: Liga MalaysiaMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

JDT Mampu Sapu Bersih Semua Piala Dipertandingkan

21/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh membuat pencabar mereka dalam Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd