• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tak Halang Penjawat Awam Sertai Aktiviti Sukan

oleh Ahmad Albab
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak menghalang penjawat awam untuk bermain golf atau aktiviti sukan lain namun ini tidak harus dijadikan tempat untuk mandapatkan sesuatu.

Menegaskan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membendung aktiviti rasuah seperti itu.

“Bagi saya permainan apa sekali pun, bukan hanya golf tapi sebarang permainan yang menjurus kepada amalan-amalan tidak baik dan dijadikan tempat untuk mendapat sesuatu, menggunakan kesempatan itu untuk ‘favouritism’ daripada seseorang, maka ini tidak boleh.

“Macam saya bermain bola sepak, tetapi kalau ada orang gunakan bola sepak itu untuk sponsor itu ini lah, bagi jersi.

“Tapi selepas itu hantar permohonan minta dekat saya, maka itu salah,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam mengenai penjawat awam tidak dihalang untuk bermain golf atau menyertai aktiviti sukan seperti permotoran.

Namun ia perlu dilakukan sebagai hobi tanpa melibatkan pihak berkepentingan seperti kontraktor, katanya.

Dalam pada itu, Zambry meminta pihak berkaitan menyediakan kemudahan seperti bas ulang alik bagi memudahkan penumpang menaiki pesawat ketika hujan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini.

“Kita mengambil serius tentang isu ini dan telah dibangkitkan (isu) banyak kali malah saya lihat ia boleh diselesaikan dengan mudah iaitu salah satunya menyediakan perkhidmatan pengangkutan ulang alik.

“Kita akui memang tidak banyak penerbangan di Ipoh dan bukanlah lapangan terbang yang sibuk tetapi keperluan seperti menyediakan bas untuk bawa penumpang ketika hujan amat perlu,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

Tunku Mahkota Ismail Sertai Bola Sepak 6 Sebelah Bersama Penyokong, Kakitangan

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkenan menyertai pertandingan bola sepak...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd