• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Roboh Menara Telekomunikasi Tanpa Permit

oleh Ahmad Albab
23/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan merobohkan semua menara telekomunikasi yang didirikan secara tidak sah di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata ketika ini terdapat lebih 2,800 menara telekomunikasi milik pelbagai syarikat telekomunikasi yang dipasang secara tidak sah di seluruh Perak.

“Ketika ini hanya terdapat 1,400 menara telekomunikasi yang didirikan secara sah di Perak, namun jumlah yang tidak berdaftar lebih sekali ganda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Pembangunan Infrastruktur Perkhidmatan Telco Negeri Perak di sini hari ini.

Menurut Zambry keengganan syarikat berkenaan berdaftar atau membayar permit kira-kira RM2,000 bagi satu menara untuk tempoh setahun menyebabkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan minimum RM20 juta.

“Dua belas negeri mengenakan syarat sama iaitu keperluan permit dan mereka akur, tetapi di Perak ini mereka degil atas pelbagai alasan termasuk kos operasi,” katanya.

Menjelas lanjut, Zambry berkata tindakan tegas itu akan diambil secepat mungkin selepas Garis Panduan Pembinaan dan Pembaharuan Permit Struktur Telekomunikasi Negeri Perak dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata draf garis panduan tersebut kini dalam peringkat akhir penyediaan yang turut melibatkan perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan’.

“Penyediaan garis panduan itu akan memudahkan semua pihak untuk memahami piawaian pembinaan menara telekomunikasi dan penyeragaman permit,” katanya. – BERNAMA

Tags: menaraPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd