Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Google Tawar ‘Rumah Kedua’...

KUALA LUMPUR - Adakah anda mengidamkan suasana dan lingkungan kerja yang santai dan...

Awas, Rumpai Miang Mexico...

KUALA LUMPUR - Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai...

PRU14: Pengerusi BN Perak...

PANGKOR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,...

Pekerja Asing Dipukul Majikan...

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu...

Pensyarah Tawar Hantaran RM500 Untuk Bakal Isteri

SEORANG lelaki menjadi perbualan hangat di media sosial selepas menawarkan wang hantaran RM500 kepada bakal isteri menerusi perkongsian di laman Facebook.

Dr. Mohd Ariff Ahmad Nazri yang dipercayai pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seolah-olah ‘mengiklankan’ diri mencari jodoh dengan meletakkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh bakal isterinya.

Menerusi postingnya, Mohd Ariff menjelaskan dia tidak boleh memberi wang hantaran lebih dari RM2,000 tetapi sudah menyediakan rumah, kenderaan, seterika wap terkini, simpanan pendidikan untuk anak-anak, kelengkapan rumah dan bilik tetamu untuk bakal ibu dan bapa mertuanya.

Namun yang menarik perhatian netizen apabila Mohd Ariff menawarkan wang hantaran RM500 sahaja kepada bakal isterinya.

Pensyarah Tawar Hantaran RM500 Untuk Bakal Isteri

“Bolehkan kalau hantaran cuma RM500 jer? kalau rasa boleh, pm tepi,” tulisnya.

Bagaimanapun, Mohd Ariff menetapkan syarat lain kepada bakal isterinya iaitu mereka perlu memenuhi dua kriteria ditetapkan.

“Kriteria diperlukan, pemegang sarjana (Master) dan berhajat untuk sambung ke peringkat PhD,” tulisnya.


Perkongsian Mohd Ariff ini mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ada yang menganggap wang hantaran yang ditetapkan adalah bersesuaian kerana Mohd Ariff sudah menyediakan pelbagai kemudahan kepada bakal isterinya.

Namun, ada juga netizen yang menganggap perkongsian Mohd Ariff ini sebagai gurauan.

Menerusi perkongsian Facebook UTHM Troll, dua keping gambar berkenaan posting dan latar belakang Mohd Ariff dipaparkan.

Pencarian nama Mohd Ariff di laman Facebook gagal dikesan namun nama tersebut mendapat pencarian paling popular sejak semalam. – MYNEWSHUB.CC

Nota: Video sekadar hiasan.

Kategori