• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Hadapi 6 Pertuduhan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
27/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang peniaga dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas enam pertuduhan mengedar dadah, kira-kira dua minggu lepas.

Tai Kah Yuen, 30, didakwa mengedar 250 gram Methamphetamine, 5,405 gram Ketamin; 3,500 biji (1,050 gram) pil Ecstacy Methamphetamine; 7,500 biji ( 2,250 gram) pil Erimin 5 Nimetazepam; 46,000 gram cecair Ketamin dan Ketamin dalam bentuk batang rokok seberat 200 gram.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama iaitu di rumah beralamat A1-1 Blok A, Taman Malinja, Bukit baru di sini pada 2.20 pagi, 15 Jan lepas.

Tai dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Tai ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin .

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syazwani Ishak manakala tertuduh diwakili peguam James S. Thanjong Tuan.

Mahkamah menetapkan 2 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd