• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Posmen Berhenti Lampu Isyarat Merah Maut Dirempuh

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang penghantar surat maut selepas sebuah kereta merempuh motosikal yang ditungganginya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanah Putih-Jalan Wong Ah Jang, Kemunting di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa Mohd Nazreen Bahari, 24, yang menunggang motosikal Yamaha 125 itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kejadian dipercayai terjadi apabila kereta jenis BMW yang dipandu Goh Kah Chun yang menghala ke Gambang hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang sedang berhenti kerana lampu isyarat merah.

“Kereta itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan sebelum merempuh sebuah kedai menjual kenderaan terpakai di situ,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata rempuhan itu menyebabkan empat kereta terpakai jenis Naza Bestari, Perodua Viva, Honda Civic dan Proton Gen2 milik Syarikat Kam Yun Auto Enterprise mengalami kerosakan.

Abdul Aziz berkata Goh, 44, yang berasal dari Indera Mahkota 1 di sini, turut cedera di kepala dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Polis telah mengambil sampel darah dan air kencing Goh bagi ujian toksikologi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautKuantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd