• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasas Permainan Video ‘Pac Man’ Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Perintis hiburan arked yang mempelopori permainan video popular ‘Pac-Man’, Masaya Nakamura meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Beliau mengasaskan syarikat permainan video gergasi Namco dan untuk tempoh 10 tahun, Namco juga menjadi pemilik syarikat filem Nikkatsu.

Kematian Nakamura direkodkan lebih dari seminggu yang lalu, iaitu pada 22 Januari 2017. Tetapi ia hanya diumumkan oleh Namco pada Isnin di laman sesawangnya yang berbahasa Jepun.

Belajar di universiti teknikal di Yokohama, Nakamura dilaporkan mengasaskan Namco pada tahun 1955 sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan kuda mekanikal di atas bumbung sebuah pusat beli-belah.

Selepas Namco digabungkan dengan sebuah lagi firma permainan Jepun, Bandai untuk membentuk Namco-Bandai (kemudian Bandai Namco) pada tahun 2005, Nakamura mengekalkan kedudukan kehormatnya.

Beliau juga telah diberikan anugerah Order of the Rising Sun, oleh kerajaan Jepun untuk perkhidmatan beliau kepada industri.

Pac-Man, yang kelihatan seperti sebiji pizza yang sudah dimakan sepotong, dicipta oleh Toru Iwatani dan mula dijual sebagai permainan yang dikendalikan oleh duit syiling pada tahun 1980.

Ia telah berkembang ke permainan konsol sebelum barangannya dijual secara besar-besaran, dijadikan siri TV, taman tema dan filem.

Namco juga membeli Nikkatsu pada tahun 1993, sebuah studio filem tertua di Jepun yang pernah terkenal dengan pink-Eiga (genre lucah). – mStar Online

Tags: Masaya Nakamurameninggal duniaPac ManPermainan Video
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd