• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengalaman Matang Abang Jo Terus Pacu Kemajuan Sarawak

oleh AK-47
13/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berbekalkan pengalaman luas dan nilai seperti komitmen yang tinggi, Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg diyakini mampu membangun dan memajukan rakyat dan negeri itu secara keseluruhan.

Ini dinyatakan beberapa menteri yang turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Abang Johari, 66, sebagai ketua menteri Sarawak keenam menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dalam kenyataan, berkata Abang Johari seorang pemimpin berwibawa yang menunjukkan prestasi mantap dan berkesan dalam pelbagai kementerian yang diterajui.

“Saya secara peribadi telah mengenali beliau sekian lama dan amat kagum dengan sikap dan karektor beliau yang tenang serta kebijaksanaannya dalam menangani pelbagai situasi mencabar yang mewarnai landskap politik dan sosial Sarawak,” katanya.

Abang Johari, katanya, bukan calang-calang tokoh politik kerana selama lebih 30 tahun telah menjadi sebahagian daripada pemimpin utama dalam pasukan pentadbiran Tun Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Adenan.

Salleh yakin dengan pengalaman luas dan kematangan kepimpinan Abang Johari, Sarawak akan terus menikmati kestabilan politik bagi menjamin kesinambungan kadar kemajuan ekonomi lebih cerah yang menjadi legasi Allahyarham Adenan.

“Pelantikan Datuk Amar Abang Johari bagi saya juga satu hadiah yang berharga kepada negeri dan rakyat Sarawak,” kata meneteri itu yang menyifatkannya sebagai keputusan tepat dan amat signifikan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi laman Twitternya, berharap Abang Johari meneruskan legasi Allahyarham Adenan atau Tok Nan dalam memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Tahniah Datuk Amar Abang Johari dilantik CM (ketua menteri) Sarawak keenam! Moga legasi Tok Nan dalam membawa kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Bumi Kenyalang berterusan!,” kata Hishammuddin.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menghantar tweet: “Abang Jo has big shoes to fill but he is an experienced, capable, decent & proven leader“. (Abang Jo mempunyai peranan yang lebih besar untuk dilaksanakan tetapi dia adalah seorang berpengalaman, berkemampuan, baik dan pemimpin yang terbukti).

Tags: Ketua Menteri Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kakak Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

23/12/2021
0

KUCHING : Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, meninggal dunia, jam 8.30 malam tadi. Dayang...

Gesa KM Campur Tangan Isu Tanah Melayu, Jatti Meirek

02/11/2018
0

MIRI - PAS Sarawak meminta Ketua Menteri Sarawak supaya segera menyelesaikan isu pemilikan tanah kepunyaan orang Melayu dan komuniti Jatti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd