• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Dikenakan Penalti Jika Hilang Pasport – KP Imigresen

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen mencadangkan supaya penalti dikenakan ke atas pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali.

Katanya cadangan mengenakan penalti bagi kehilangan pasport itu sudah dibawa kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan secara dasarnya sudah dipersetujui.

“Selama ini, tidak ada satu penalti pun dikenakan ke atas mereka yang kehilangan pasport. Berbanding mereka yang hilang kad pengenalan ada bayaran dikenakan bagi kehilangan kali pertama, kedua dan ketiga,” katanya.

Mustafar berkata pemilik pasport harus lebih bertanggungjawab menjaga pasportnya kerana dokumen itu mempunyai nilai yang tinggi serta melibatkan kos kepada Jabatan Imigresen.

Dalam sidang media selepas menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan jabatan itu di sini hari ini, Mustafar berkata bayaran penalti berkenaan akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan kerajaan dan pelaksanaan pindaan mengikut Akta Fi.

“Kadar penalti akan ditentukan selepas ini,” katanya.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, sejumlah 44,528 kes kehilangan pasport dilaporkan sepanjang tahun lepas.

Antara sebab kehilangan pasport ialah tidak ingat tempat pasport disimpan, tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir daripada beg atau poket, dicuri atau dirompak, hilang semasa kebakaran atau berpindah rumah dan hilang disebabkan bencana alam.

Pada masa ini, fi bagi kehilangan kali pertama kad pengenalan ialah RM100, manakala kehilangan kali kedua RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000.

Menyentuh salah laku dalam kalangan warga kerja Imigresen, Mustafar berkata sepanjang tahun lepas, 32 petugas dipecat atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar AliImigresenPASPORT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd