• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemanjat Berani Mati Pertahan Aksi Zon Larangan

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali pemanjat berani mati, Keow Wee Loong memuat naik gambar aksi terbaharunya menerusi Internet, dia sudah bersedia berdepan dengan kritikan.

Pemanjat yang pernah memanjat beberapa bangunan tertinggi di dunia malah pernah merentasi zon radioaktif itu berkata, reaksi negatif tersebut membuatkan dia kebingungan.

“Orang menggelarkan saya sebagai bodoh kerana membahayakan nyawa. Pertamanya, ini (ceroboh kawasan larangan) bukan satu jenayah. Ia sekadar risiko yang dialami.

“Bila orang Barat melakukan perkara yang sama, mereka akan kata ‘wow’ menakjubkan!,” katanya tanpa mengulas tindakannya itu yang jelas memang melanggar undang-undang.

Pihak berkuasa kini meneliti dua video yang menjadi tular baru-baru ini, menunjukkan sekumpulan remaja secara haram memanjat dan melakukan aksi bahaya di kawasan larangan di Ipoh, Perak.

Satu kumpulan memanjat papan tanda ‘IPOH’ di puncak bukit di bandar raya manakala seorang lagi merakamkan dirinya di puncak sebuah kren tanpa kebenaran pihak pemaju bangunan itu.

Wee Loong, 27, yang mengukir namanya sebagai ‘berani mati’ di Malaysia berkata, golongan muda seharusnya bebas dibenarkan untuk ‘meneroka’ meskipun terpaksa melanggar undang-undang.

“Mereka hanya budak-budak yang mahu menghabiskan masa bersama teman-teman mereka.

“Kita tidak seharusnya mengancam mereka dengan hukuman penjara dan denda bila mereka hanya cuba untuk meneroka, dan melakukannya sesama mereka.

“Ia seperti aktiviti rock climbing, melakukan terjunan dari pesawat, menyelam skuba bersama jerung, kehidupan bukan sekadar bekerja dan tiada yang lain,” ujar Wee Loong.

Sementara itu, salah seorang remaja yang merakamkan aktiviti buaian di papan tanda ‘IPOH’ minggu lalu berkata, dia bersama teman-teman memberi kerjasama dengan pihak polis.

Polis telah mengambil keterangan mereka mengenai aksi bahaya mereka yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa sehingga menjadi tular secara dalam talian.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh di Amerika Syarikat, aktiviti ekstrem baharu itu merupakan satu bentuk swafoto yang digelar sebagai ‘killfies’, yang semakin popular sejak 2013.

Kajian mendedahkan 127 orang terbunuh sia-sia di seluruh dunia antara 2014 dan September tahun lalu semasa melakukan aksi bahaya hanya konon untuk mendapatkan gambar terbaik.

Kebanyakan mereka maut semasa nekad mengambil gambar swafoto killfies dengan 80 peratus yang terbunuh berusia bawah 25 tahun iaitu usia cukup produktif untuk membina kerjaya.

India mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 76 orang. Pada 2014, polis Malaysia pula merekodkan enam kematian yang dikaitkan dengan swafoto berbahaya.

Pakar psikologi, Datuk Dr. Andrew Mohanraj berkata, mereka yang berani mati melakukan swafoto killfies ini cuba meraih populariti sebagai bentuk ekspresi diri.

“Akhirnya, gambar swafoto yang sempurna tidak berbaloi sehingga menggadai nyawa,” kata timbalan presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) itu.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan kebiasaan bagi golongan muda cuma untuk meraih perhatian dan mendapat pujian dalam kalangan teman-teman.

Beliau percaya mereka yang sanggup melakukan swafoto ekstrem killfies mungkin hanya mahu meningkatkan harga diri mereka.

“Bagi sesetengah kes swafoto berani mati, ia merupakan refleksi kepada ciri personaliti narsisistik terhadap seseorang yang mahu pengiktirafan menerusi tindakan tidak konvensional dan melanggar undang-undang,” katanya. – mStar Online

Tags: beranilelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

Negeri Johor Cemerlang Bawah Pimpinan Onn Hafiz, ‘Budak’ Ini Ada Keberanian – MCA

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memuji kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang...

“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen

“Comel, Berani!” – Titah Ucapan Raja Muda Johor Raih Perhatian Netizen

10/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Rakaman video titah ucapan Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail yang dimuat naik di laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd