• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Dipukul Akui Diugut Supaya Tak Lapor Polis

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang cedera dibelasah sekumpulan lelaki di kondominium Puncak Anthenaneum, Bukit Antarabangsa pada 14 Jan lepas tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana telah diugut.

Mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, berkata beliau bimbang akan keselamatan diri memandangkan kumpulan lelaki itu dipercayai gangster dan berbahaya.

“Selepas kejadian itu, pihak syarikat telah dihubungi oleh individu terbabit agar tidak melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Menurut pengurus saya, kumpulan lelaki terbabit merupakan ‘gangster’ besar dan ia akan membahayakan keselamatan saya sekiranya membuat keputusan yang salah,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan aman bagi memberi sokongan terhadap Nasrul Faiz di sebuah stesen minyak di Sungai Besi di sini, hari ini.

Menceritakan kembali detik hitam itu, Nasrul Faiz berkata beliau mengakui yang tindakannya itu salah namun tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa.

Katanya, kereta berkenaan berada dekat dengan lori yang dipandunya dan dia sendiri tidak menyedari kereta itu berada di situ

“Hanya kerana nombor (plat) kenderaan patah, saya dipukul sehingga menerima 13 jahitan di leher.

“Keadaan berlaku dengan pantas, apabila salah seorang daripada kumpulan lelaki itu menarik saya sebelum rakannya datang menyepak saya di kepala sehingga saya jatuh,” katanya.

Perhimpunan yang disertai lebih 200 pemandu lori anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) itu dilakukan bagi mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan lelaki yang membelasah Nasrul Faiz hingga cedera.

Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah, berkata perbuatan ganas dan tidak berperikemanusian seperti itu tidak seharusnya dibiarkan begitu saja dan tindakan tegas harus diambil.

“Saya difahamkan polis sudah melakukan beberapa tangkapan berhubung kes ini dan saya berharap mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Perhimpunan selama satu jam bermula jam 11 pagi itu berakhir tanpa sebarang kekacauan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan kes itu dan telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kondominium itu ke makmal untuk dianalisis.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 32 tahun direman empat hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: belasahpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

09/08/2025
0

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan pemandu lori yang mencuri diesel milik syarikat tempat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd