• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelukis Najib Bermuka ‘Badut’ Berjaya Ke Luar Negara

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pereka grafik yang telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen gara-gara status twit menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mendapat kebenaran untuk ke luar negara selepas dirinya dilarang berbuat demikian beberapa hari lalu.

Menerusi entri terbaru di laman Facebook Fahmi Reza, dia menyatakan berjaya mendapat pelepasan ke Taiwan selepas mencuba pelbagai ‘ikhtiar’.

“Atas usaha aku tak henti-henti cuba lawan ‘travel ban’ yang dikenakan ke atas aku dengan bermacam-macam cara sejak Khamis lalu, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.

“Sukses! Bye bye Najib, I’m flying to Taiwan. Nanti aku cerita. Sekarang nak naik pesawat,” tulisnya lima jam yang lalu.

fahmi2

Menurutnya, mesej di laman sesawang Jabatan Imigresen menggesanya untuk merujuk kepada pejabat yang berhampiran iaitu UTC Pudu untuk meminta namanya dikeluarkan daripada senarai hitam.

Pelukis berusia 39 tahun itu difahamkan telah disenaraikan ‘dikehendaki’ oleh pihak polis dan larangan ke luar negara berkuat kuasa sejak 31 Mac tahun lalu.

Bagaimanapun pada Sabtu, dia menulis, Inspektor R meletakkan namanya dalam senarai ‘dikehendaki’ kerana mereka mahu menyoal siasatnya tahun lalu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia berada di Thailand.

11 Mac lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah membuka siasatan terhadap Fahmi ekoran kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) gara-gara sebuah posting Twitter yang mengaibkan perdana menteri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aktivishinaPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd