• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Pembelajaran Pertingkat Kualiti Perkhidmatan Awam

oleh AK-47
16/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kalangan kerajaan serta agensi-agensi pembangunan antarabangsa mampu mempertingkatkan pelaksanaan perkhidmatan awam masing-masing dengan menyediakan peluang serta ruang pembelajaran bagi tujuan itu, kata Bank Dunia.

Menurut institusi itu, sebagai contoh, biarpun tahap kemasukan pelajar ke sekolah khususnya dalam kalangan anak-anak perempuan semakin meningkat, ia ternyata tidak seiringan dengan kualiti pendidikan.

“Kesan sedemikian wujud kerana banyak kerajaan di peringkat global hanya bertindak melakukan pembaharuan tanpa mengubah sistem pelaksanaan perkhidmatan masing-masing, menyusun semula struktur orgaisasi atau menggunapakai amalan terbaik asing atau tidak menumpukan apa yang sepatutnya dilakukan,” katanya.

Maklumat itu dikongsi pada persidangan dua hari anjurannya bertemakan Mempertingkat Kualiti Pelaksanaan Perkhidmatan, di sini yang bermula hari ini.

Pada program itu, Bank Dunia mengetengahkan ulasan sistematik dan kajian khusus negara serta berkongsi hasil petunjuk utama seperti indeks global yang mengukur kemampuan pelaksanaan dasar yang mengalami kemerosotan atau tidak berubah di sebahagian besar negara sejak beberapa tahun lepas.

Sementara itu, Pakar Amalan Pembangunan Antarabangsa Universiti Harvard, Profesor Lant Pritchett dalam pembentangannya, berkongsi pendekatan institusi itu meningkatkan kemampuan organisasi kerajaan menerusi usaha dikenali PDIA ‘Problem Driven Iterative Adaptation (Amalan Proses Penyelesaian Didorong Masalah).

Jelasnya, PDIA berteraskan empat prinsip iaitu penyelesaian tempatan bagi masalah setempat; menggalakkan (penyelesaian) masalah hasil penyimpangan secara positif; mencuba, mempelajari, mengulangi, mengamalkan serta melakukan pembelajaran secara penerapan.

Sementara itu, ketika mengulas perkara berkenaan, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berpendapatan, Malaysia perlu mengamalkan pendekatan itu bagi mempertingkatkan ekonomi serta sosioekonominya secara tidak langsung.

“Masanya amat bertepatan ketika Malaysia berada di tahap transformasi sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan.

“Secara asasnya, ia (amalan PDIA) bertumpu kepada bagaimana perkhidmatan awam itu dapat melaksanakan tanggungjawabnya serta kaedah bagi menghasilkan keputusan yang diingini,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, pelaksanaan PDIA tidak semudahan itu di setiap negeri Malaysia yang mempraktikkan kaedah penyelesaian berbeza bagi menangani masalah masing-masing.

“Ia memerlukan pembabitan yang amat terperinci dan memerlukan rombakan keseluruhan sistem pelaksanaan perkhidmatan awam itu dari aspek kaedah satu-satu tugas itu dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bank duniaperkhidmatan awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

SSPA: Kelayakan Minimum Masuk Perkhidmatan Awam Dinaikkan Kepada SPM

14/09/2024
0

KUALA LUMPUR : Selari perubahan dasar pendidikan negara dan akses pendidikan menengah atas, had kelayakan minimum bagi kemasukan dalam perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd