• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan China: Hormati Kenyataan Sultan Johor

oleh AK-47
17/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hormati kenyataan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pelaburan dari China kerana ia berdasarkan fakta dan perkara asas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kenyataan Sultan Johor itu menunjukkan kepentingan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini tanpa mengira negara mana kerana ia menjana ekonomi dan memberi pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membangkitkan isu itu, seolah-olah akan menyebabkan negara kehilangan kedaulatan, adalah tidak tepat.

“Beliau (Dr. Mahathir) menggunakan isu FDI ini sekadar untuk kepentingan politik semata-mata dan cuba menanam semangat kebencian kepada kaum-kaum tertentu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri majlis memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) mengenai Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Jepun.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempat berbahasa Inggeris, Sultan Ibrahim dipetik membidas Dr. Mahathir kerana memberi komen tentang projek pembangunan Forest City di Johor.

Sultan Johor bertitah bahawa Dr. Mahathir telah melampaui batasan apabila memutarbelitkan isu Forest City dengan mendakwa kira-kira 700,000 rakyat dari Tanah Besar China akan terus tinggal di situ manakala banyak tanah telah dijual kepada rakyat China.

Salleh menjelaskan bahawa pelabur asing seperti Eropah, Jepun dan India juga melabur di Malaysia sejak dahulu, kenapa hanya pelabur dari China dibangkitkan kini.

Mengenai seorang pegawai tadbir diplomat (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian Ketua Menteri kelima Tan Sri Adenan Satem, Salleh berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membuat siasatan.

“MCMC telah menerima laporan. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan siasatan yang dilakukan. Jika didapati asas kukuh untuk tindakan sewajarnya, kita akan rujuk kepada Peguan Negara untuk mengambil tindakan,” katanya.

Dilaporkan PTD tersebut digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut berikutan kenyataannya dalam laman Facebook. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakMoCPelaburan ChinaSultan Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pensyarah Tawar Hantaran RM500 Untuk Bakal Isteri

Next Post

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

Next Post

Pasangan Ditipu Iklan Rumah Sewa Di Mudah.my

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd