• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pasangan Gemuk Curi Telefon Berjaya Dicekup

oleh AK-47
19/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kelicikan sepasang kekasih yang bermaharajalela menjadikan kedai telefon bimbit di Tanah Merah, Kelantan sebagai sasaran jenayah mereka akhirnya berjaya dicekup polis.

Dua suspek lelaki dan wanita itu ditahan dalam kejadian di sebuah kedai aksesori telefon di Cabang Tiga Kubang Putat, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Menurut  laporan Sinar Harian, suspek wanita itu pada Rabu masuk ke kedai dan berpura-pura mahu membeli kad tambah nilai dalam jumlah yang banyak, manakala suspek lelaki menunggu di dalam kereta.

Pemilik kedai yang curiga dengan tingkah laku suspek segera menghubungi rakan menerusi radio amaturnya yang sebelum ini menghebahkan maklumat mengenai kegiatan dua suspek terbabit di media sosial.

Bertindak hasil maklumat orang awam, kedua-dua suspek berjaya ditahan.

Dalam kejadian 3.21 petang, Selasa lalu, dua suspek yang sama juga turut dilaporkan telah mencuri telefon bimbit di kedai lain.

Suspek wanita yang berpura-pura mahu membeli telefon bimbit sebelum memaklumkan kepada pekerja kedai yang dia mahu menunjukkan telefon itu kepada suaminya yang menunggu di dalam kereta.

Yakin dengan kata-kata wanita itu, pekerja berkenaan membenarkannya berbuat demikian. Namun sebaik saja wanita itu masuk ke dalam kereta suaminya, Perodua Alza DCJ 4257, pasangan itu terus melarikan diri.

12 Januari lalu, dua suspek itu juga dipercayai terlibat dalam kes melarikan telefon di sebuah kedai di Panglima Bayu dengan taktik yang sama.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pencuritelefon bimbit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Tidak Lantik Perantara Untuk Urusan Rayuan Haji

Next Post

Suami Aktres Tuntut 2 Kereta Kerana Isteri Curang

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

Next Post

Suami Aktres Tuntut 2 Kereta Kerana Isteri Curang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd