• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! – Naib Presiden

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita kata lain, belakang lain!”

Demikian tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berhubung hubungan PKR dan PAS yang masih mempunyai kerjasama longgar dalam kerajaan Selangor waktu ini.

Kata beliau, PKR perlu menyatakan pendirian berhubung kerjasama diantara kedua-dua parti itu kerana parti sekutu PKR dalam Pakatan Harapan telah mengisytiharkan untuk lawan PAS.

“Kita harap semua pemimpin PKR di Kelantan dan luar Kelantan supaya jujur. Jangan jadi serupa segelintir mereka (pemimpin PKR). Biar betul, biar jelas.

“Saya minta PKR mesti ada setiakawan. Kita tidak akan khianat sahabat kerana kita boleh sahabat dengan sesiapa.

“PAS pernah disingkirkan daripada Barisan Nasional oleh orang yang masih ada sampai sekarang. Kita juga pernah disingkirkan daripada pakatan pembangkang,” katanya seperti yang terkandung dalam satu rakaman video ucapannya pada satu majlis di laman Facebook rasmi PAS hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menyertai majlis itu dan mendapat sorakan gemuruh penyokong PAS.

Terdahulu Tian Chua dalam ucapannnya kelihatan membodek PAS supaya kembali menyertai pakatan pembangkang dengan mendakwa kononnya PKR menggangap PAS sebagai abang manakala Kelantan sebagai Madinah.

Manakala ucapan berbunyi PAS pernah disingkirkan daripada Barisan Nasional oleh orang yang masih ada sampai sekarang dipercayai merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini besengkongkol dengan PKR.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu kerana enggan berkomporomi dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak digemari DAP dan PKR.

DAP dan PKR kemudian bertindak membubarkan Pakatan Rakyat dan menubuhkan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS.

PAN pula ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkembangan mutakhir bagaimanapun menyaksikan DAP dan PKR kehilangan sokongan kaum Melayu sejak menyingkirkan PAS walaupun memilik parti Islam baharu.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR mula memujuk PAS supaya kembali bekerjasama dengan mereka walaupun langkah itu ditentang hebat DAP dan PAN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd